Monday, Oct 15, 2018
HomeKeluargaKuasa doa

Kuasa doa

Saya tertarik tatkala membaca mengenai Kuasa Doa tulisan Tuan Zaid Mohamad menerusi laman sesawang  ibubapabijak.blogspot.com . Ya, benar sebagaimana dijelaskannya dalam tulisan berkenaan.

Advertisements

Kita biasa mendengar mengenai doa.  Paling biasa dilakukan, kita berdoa selepas solat atau tatkala melalui saat-saat sukar.  Pun begitu, kuasa doa juga boleh zahirkan melalui empat saluran: hati, pemikiran, perkataan dan perbuatan.  Justeru, sebagai ibu bapa perlu sentiasa berhati-hati dengan perkara ini agar kita sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak.

Empat saluran doa

1.Doa Melalui Hati
Ini adalah niat kita dalam melakukan sesuatu. Misalnya, jika niat kita ikhlas untuk melakukan sesuatu kerana Allah dan demi kasih sayang kepada keluarga, InsyaAllah Tuhan akan memakbulkan doa berkenaan dengan menjadikan tugas kita ringan, malah menyeronokkan

Contohnya, apabila kita memasak, kita rasa seronok dan puas melihat keluarga ceria makan bersama, kerana kasih sayang banyak disalurkan melalui makanan.  Begitu juga apabila kita menunjuk-ajar sesuatu kepada anak, kita akan melakukannya dengan sabar dan penuh belas kasihan.

2. Doa melalui pemikiran
Ini bermaksud kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan optimistik, bukannya negatif dan pessimistik  Jika kita sentiasa berfikiran buruk mengenai anak kita, maka buruklah jadinya.  Sebaliknya, jika kita yakin dan percaya kebolehan mereka, InsyaAllah Tuhan akan memakbulkan doa kita dengan mengurniakan anak yang pandai, bertanggungjawab dan berdikari.

3. Doa melalui perkataan yang indah
Perkataan ibu bapa adalah doa.  Justeru, jauhilah daripada bercakap dengan bahasa yang biadap, kasar dan menjatuhkan maruah mereka.  Sebaliknya, gunakanlah perkataan yang baik seperti, “Bertuahnya anak ibu!” walaupun ketika marah.

Jauhi daripada melabel mereka dengan perkataan negatif kerana dikhuatiri akan cepat dimakbulkan Tuhan.

4. Doa melalui perbuatan
Rajinlah membantu orang lain kerana ia seolah-olah kita berdoa, “Aku dah cukup bahagia hingga aku mampu membantu orang lain pula.”  Begitu juga apabila kita bersedekah, ia seolah doa, “Aku kaya!”.

Allah akan pasti memakbulkannya dengan memberikan kita lebih kebahagiaan dan kekayaan. Wallaahua’lam.

Kredit: Teks Zaid Mohamad (dipetik daripada www.SmartParents.com.my)

comments

Rahsia Wajah Tidak B
Ini Sebabnya Mengapa

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja