Kunci kebahagiaan berkekalan

0

SIKAP saling menghormati, bertolak-ansur dan bertimbang rasa antara pasangan suami isteri menjadi ‘kunci’ keharmonian rumah tangga. Paling penting, sebarang kemusykilan dan masalah dalam keluarga haruslah diselesaikan muafakat.

Pun begitu, lumrah kehidupan. Ibarat gigi dengan lidah, sesekali pasti tergigit. Jangan panik dan buntu. Apabila tergigit, berundinglah secara rasional supaya keputusan tidak berat sebelah dan menggugat kasih sayang.

Ingat, tiada manusia yang sempurna dan semua orang pasti melakukan kesilapan. Selain itu, setiap orang mempunyai pendapat berbeza. Justeru, jangan berharap orang lain dapat melihat sesuatu dari sudut pandang sama.

Jika anda atau pasangan secara sengaja melakukan kesalahan, berkemungkinan anda tidak memberi perhatian antara satu sama lain dan jika dibiarkan berterusan keadaan ini boleh menjejaskan hubungan malah kerukunan rumah tangga.

Bertindak segera, paling penting anda dan pasangan harus sedar perbuatan itu salah. Berbincang dari hati ke hati dengan pasangan dan berusaha memperbaiki keadaan.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply