LAMPU 2015 kembali serikan Putrajaya

0
LAMPU juga turut memberi peluang kepada pengunjung untuk bersama-sama merasai senario pencahayaan terkini.

LAMPU juga turut memberi peluang kepada pengunjung untuk bersama-sama merasai senario pencahayaan terkini.

Festival Light & Motion Putrajaya 2015 atau lebih dikenali sebagai (LAMPU 2015) kembali menyerikan bandar Putrajaya. Acara tahunan yang dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) ini, bermula pada 30 Oktober 2015 hingga 1 November 2015, dari 7.30 malam bertempat di Dataran Putrajaya, Precinct 3.

Pada 12 Disember 2014, Perbadanan Putrajaya telah melancarkan Putrajaya Lighting Festival 2014 dan festival ini berjaya menarik seramai 500,000 pengunjung serta direkodkan sebagai Festival Lampu terbesar di dalam ‘Malaysia Book of Record’. LAMPU 2015 menyokong inisiatif global, Lighting Urban Community International (LUCI). Ia adalah rangkaian antarabangsa yang unik berobjektif untuk mengetengahkan lampu LED serta kemajuan industri lampu dalam mengurangkan penggunaan kuasa elektrik.

lampuLAMPU juga turut memberi peluang kepada pengunjung untuk bersama-sama merasai senario pencahayaan terkini, sekali gus  memberi pendedahan kreativiti dan kemahiran pencahayaan menerusi kecantikan projeksi lampu selaras dengan perkembangan industri lampu di Malaysia.

LAMPU 2015 menampilkan beberapa komponen menarik seperti teknik Pemetaan Cahaya, Pencahayaan Taman, Arca Bercahaya, Gerbang Cahaya serta beberapa aktiviti yang lain seperti Tron Dance Performance, Buskers, Permainan Pencahayaan Kreatif, Beca  Bercahaya, Kayuhan Basikal Bercahaya, Pertandingan Fotografi, Pertunjukan Wayang Kulit dan banyak lagi yang akan berlangsung di sebelah malam.

Dianjurkan serentak dengan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya2015 (PIIACUF2015), acara hebat ini menyajikan pelbagai sajian Khazanah Kesenian dan Kebudayaan Islam di beberapa lokasi  sepanjang Dataran Putrajaya, Presint 3.

Sementara PIAACUF bermula pada 29 Oktober hingga 1 November 2015 dari 9 pagi hingga 11 malam. Kemasukan bagi kedua-dua festival ini adalam PERCUMA.

Maklumat lanjut PIIACUF atau LAMPU, layari laman  www.piiacuf.com atau www.ppj.gov.my .

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply