Lancar aplikasi telefon, Wings mahu kekal relevan

0
Ini sekali gus menjadikan Wings yang kini berusia 30 tahun dalam industri muzik, antara satu-satunya kumpulan muzik tempatan yang mempunyai aplikasi telefon.

Ini sekali gus menjadikan Wings yang kini berusia 30 tahun dalam industri muzik, antara satu-satunya kumpulan muzik tempatan yang mempunyai aplikasi telefon.

MELANCARKAN aplikasi telefon pintar ‘Wings Mobile App’ menjadi satu daripada usaha kumpulan  lagenda  rock negara, Wings untuk kekal relevan dalam industri muzik  dan maju langkah ke hadapan.

Ini sekali gus menjadikan Wings yang kini berusia 30 tahun dalam industri muzik, antara satu-satunya kumpulan muzik tempatan yang mempunyai aplikasi telefon bertujuaan mendekatkan mereka dengan peminat terutama generasi muda. Lebih menarik, aplikasi ini boleh dimuat naik secara percuma terutama kepada penggun Android dan IOS.

“Bagi kami, idea ini mempraktikkan aplikasi telefon ini sangat baik dan berguna buat peminat kami untuk mengetahui latar belakang kumpulan Wings termasuk konsert, persembahan dan lain-lain yang berkaitan kumpulan ini. Kami yakin aplikasi ini dapat mengekalkan momentum Wings dalam industri ini.

Cara ini juga menunjukkan kami peka dengan peredaran semasa yang semakin canggih sekali gus memudahkan peminat untuk memuat lagu dengan harga yang telah ditetapkan,” jelas gitaris Wings, Joe.

Pada majlis sama, Wings turut melancarkan Album Konsert Live Wings Rockestra @ Istana Budaya yang berjaya menarik perhatian penonton ke panggung lebih 7,000 orang.

Menurut vokalisnya Awie, album ini 100% original, tiada sebarang editing dan penambahbaikan termasuk dari segi susunan muzik, rentak dan irama.

“Ini adalah hadiah buat peminat setia Wings, album ini mengandungi 16 buah lagu termasuk DVD dan CD audio. Semoga peminat kami puas hati dengan hasil daripada album yang jujur ini.” ujar Awie, ketika ditemui di sidang media di Istana Budaya baru-baru ini.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply