Friday, Feb 23, 2018
HomeHiburan/SelebritiLara Alana ada 1 juta pengikut

Lara Alana ada 1 juta pengikut

Baru berusia setahun empat bulan, tetapi sudah popular seperti kedua-dua ibu bapanya. Bertuah sungguh Lara Alana  Ahmad Awaluddin ini.

Advertisements

Mana tidaknya, akaun instagram yang menggunakan nama dan memaparkan update terkini mengenai Lara Alana, pengikutnya berjumlah sejuta orang dan terus bertambah setiap hari. Hebat betul penangan Lara atau mesra di sapa ‘Rara’ ini, ye.

Hampir setiap hari, akaunnya itu berkongsi aktiviti dan perkembangan terbaru buat tatapan pengikut setia. Keletahnya manja, terkadang rancak berceloteh dan sedikit defensif apabila secara tiba-tiba khalayak menerpanya. Sama ada gambar mahupun video, keletah si kecil yang aktif dan periang itu pasti mengujakan pengikutnya.

Tidak keterlaluan jika disifatkan, puteri sulong kepada kesayangan pasangan pelakon juga pengacara popular, Awal Ashaari  dan Scha Alyahya antara kanak-kanak paling popular di Malaysia. Dek tempias populariti Scha dan Awal yang masing-masing mengumpul lebih sejuta pengikut di laman Instagram, Lara juga berjaya mengkumpul pengikut sendiri.

comments

FOLLOW US ON:
Travelog 'Pelayaran
"Spekulasi hamil, bi

ayuqhatami@gmail.com

Manis orangnya. Tinggi lampai dan suka bergaya. Warna kegemaran, merah jambu. Dek obses sangat dengan warna itu, kami panggil dia 'Miss Pink'. Suka warna lembut, tetapi berhati-hati bahasanya 'tajam'. Gosip dan perkembangan dunia hiburan di dalam poket dia. So, berhati-hati ye.

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja