Lawak Ke Der 2015 lebih mantap

0
Setiap pelawak diberi masa setengah jam untuk membuat persembahan dan yang pastinya lawak mereka mencuit hati penonton.

Setiap pelawak diberi masa setengah jam untuk membuat persembahan dan yang pastinya lawak mereka mencuit hati penonton.

TEATER Lawak Ke Der 2015 bakal menemui penonton di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 16 hingga 19 April 2015 ini.

Istimewa buat penonton dan peminat, Lawak Ke Der akan menampilkan lima pelawak berbakat termasuk Harith Iskander, Afdlin Shauki, Doughlas Lim, Bocey serta memperkenalkan muka baru, Rayza Mukmin.

Pengarah Lawak Ke Der, Hans Isaac berkata setiap pelawak diberi masa setengah jam untuk membuat persembahan dan yang pastinya lawak mereka mencuit hati penonton.

“Bagi pementasan kali ini, saya harap Lawak Ke Der lebih hebat dan mantap. Stand up comedy menjadi formula utama dalam persembahan kami. Inilah kelainan yang cuba saya tampilkan dalam pementasan kali ini,” kata Hans ketika sidang media di Istana Budaya.

Hans berkata, dia tidak mahu lawak yang sudah basi atau pernah digunakan sebelum ini, untuk menjaga jenama Lawak Ker Der yang memang telah dikenali sebagai pentas lawak terkenal.

Justeru, dari segi pemilihan bahan juga bergantung kepada maklum balas penonton pada malam itu, jika tidak menghiburkan, pelawak perlu menukar bahan lain.

Menyentuh mengenai garis panduan yang ditetapkan kepada pelawak, Hans menjelaskan dia tidak mempunyai syarat atau peraturan tertentu. Bagaimanapun, dia menitik beratkan prosuder yang ditetapkan Istana Budaya untuk setiap pementasan teater.

Tiket boleh dibeli menerusi www.ticket2u.biz pada harga bermula RM46 hingga RM176.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply