Thursday, Dec 13, 2018
HomeSeni PentasLelaki Harapan Dunia Ketengahkan Kehidupan Masyarakat

Lelaki Harapan Dunia Ketengahkan Kehidupan Masyarakat

Filem Lelaki Harapan Dunia sarat dengan mesej yang tersirat dan tersurat, selain dibarisi pelakon hebat yang memberi kelainan dan kekuatan dalam filem ini.

Advertisements

Lebih menarik, telah ditayangkan di beberapa festival antaranya Festival Filem Antarabangsa Locarno(Switzerland), Festival Filem Antarabangsa Nara(Jepun) dan Festival Filem Antarabangsa Vancover (Kanada).

Filem bergenre komedi drama ini menjalani penggambaran di Padang Rengas dan bakal ditayangkan pada 27 November 2014.

Mengisahkan sebuah kampung yang terjadi kekacauan berpunca daripada salah faham penduduk kampung yang menyangka rumah terbiar (dalam perancangan untuk dipindahkan dari hutan ke kampung untuk Pak Awang) dihuni “hantu”.

Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak percaya kepada benda tahyul, tetapi tiada siapa mempercayainya. Benarkah “hantu” itu “Orang Minyak”?

Menurut pengarahnya, Liew Seng Tat, dia mendapat idea apabila melihat gambar sekumpulan lelaki sedang memikul sebuah rumah.

“Saya terkesan dengan gambar itu. Gambar itu kekal lama dalam fikiran saya kerana melambangkan idea rumah kediaman saya, juga jati diri dalam masyarakat saya, tetapi dari sudut lebih luas, membuat saya terfikir mengapa manusia saling bekerjasama pada masa sama saling bersengketa.

“Naluri kekitaan sama ada dalam suatu kampung, kaum atau negara mendorong kita untuk melakukan pelbagai benda hebat, seperti bergotong-royong pindah rumah atau membantu mereka yang memerlukan.

“Pada masa sama, boleh menjadi punca perkara kurang sihat seperti kita curiga dengan orang yang berlainan daripada kita, benci dengan apa yang kita tidak faham, dan menganggap sesetangah manusia lain seperti binatang.

“Apa yang menyatukan kita boleh juga memecah-belahkan kita. Semuanya bergantung kepada posisi kita sendiri dan sejauh mana kita kenal diri kita sendiri”, kata Liew Seng.

Jika dilihat filem masa kini lebih banyak menampilkan pelakon yang dikenali dan lebih muda. namun berbeza dalam Lelaki Harapan Dunia.

“Saya membesar dengan menonton filem Malaysia dan terdapat segelintir pelakon yang amat saya hormati.Jjadi apabila saya menulis skrip ini, saya sudah mempunyai idea kasar pelakon yang memainkan watak itu.

“Saya terharu apabila Harun Salim Bachik dan Jalil Hamid serta-merta bersetuju untuk berlakon dalam filem ini dan apabila Wan Hanafi Su turut bersetuju, saya berasa bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Inilah barisan pelakon yang saya hendaki sejak daripada permulaan perjalanan,” tambahnya.

Penulis: Ina Mohd

 

comments

FOLLOW US ON:
Srikandi Legenda Dal
Kembara Hati Emas Ya

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja