Lelaki Harapan Dunia & Lorong Kecil Ke Syurga ungguli ASK2015

0
lelakilorong

Drama Lorong Kecil Ke Syurga dinobatkan sebagai drama terbaik Anugerah Skrin 2015 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Sutradara bagi filem Lelaki Harapan Dunia, Liew Seng Tat  sekali lagi memenangi kategori Pengarah Terbaik Filem mengulangi kemenangannya di FFM 27 lalu. Filem ibi turut mendominasi kategori Lakon Layar Terbaik Filem dan Filem Terbaik. Dua anugerah utama itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.   Manakala, drama Lorong Kecil Ke Syurga dinobatkan sebagai drama terbaik Anugerah Skrin 2015 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Fara Fauzana dan Awie diberi tanggungjawab mengacara majlis anugerah gilang-gemilang ini.

Fara Fauzana dan Awie diberi tanggungjawab mengacara majlis anugerah gilang-gemilang ini.

Drama itu mengungguli kategori Lakon TV Terbaik, Penyunting Terbaik Drama dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama. Pengarahnya, Raja Mukhriz turut diangkat sebagai Pengarah Terbaik Drama, sekali gus melakar memenangi dua anugerah selepas pengiktirafan di Festival Filem Malaysia 27 sebagai Pengarah Harapan.

Pelakon Amar Asyraf memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Dari Pintu Neraka), sementara Sara Ali dinobat Pelakon Wanita Terbaik melalui drama Hak, manakala serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dirangkul Izuan Fitri menerusi drama Penyabong.

ASK 2015 mempertaruhkan 31 kategori merangkumi drama, filem, penerbitan dalaman dan teknikal. Berikut antara senarai pemenang bagi beberapa kategori yang dipertandingkan dalam ASK 2015;

Kategori;
1. Drama Terbaik – Lorong Kecil Ke Syurga
2. Pengarah terbaik drama – Raja Mukhriz
3. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Amar Asyraf
4. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Sara Ali
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Izuan Fitri
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Raja Ilya
7. Drama Rantaian Terbaik – Hidayahmu Ramadan
8. Drama Rantaian Komedi Terbaik – Rubberband Kategori Filem
9. Filem Terbaik – Lelaki Harapan Dunia
10. Pengarah Terbaik Filem – Liew Seng Tat
11. Pelakon Lelaki Terbaik – Beto Kusyairy
12. Pelakon Wanita Terbaik – Lisa Surihani
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sharnaaz Ahmad
14. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Ayu Raudhah

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply