Lelaki Teragung Juarai AJL31

0
AJL2

Dayang menang vokal terbaik.

Gandingan mantap Natasha, Iman Imran dan Dayang Nurfaizah menerusi lagu Lelaki Teragung berjaya mengangkat karya berkenaan sebagai pemenang Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Lagu tema khas untuk drama rantaian, ‘7 Hari Mencintaiku’ itu membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM50,000 selain baucar produk CJ Wow Shop.

Dayang turut dinobatkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan RM12,000. Ini kemenangan ketiga berturut-turut penyanyi itu dalam kategori terbabit. USebelum ini pernah merangkul trofi sama pada AJL29 (Di Pintu Syurga) dan AJL30 (Tak Pernah Menyerah).

Manakala lagu Terimaku Seadanya ciptaan sepenuhnya Ajai nyanyian Hafiz dan Misha Omar, diumumkan sebagai Naib juara. Lagu ciptaan Razif daripada kumpulan Projector Band iaitu Sudah Ku Tahu, mendapat tempat ketiga. Pemenang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM35,000 dan RM20,000 berserta trofi.

AJL1

Juara AJL31, lagu Lelaki Teragung ciptaan Natasha dan Iman Imran.

AJL 31 dengan tema Cerita Dalam Lagu turut memberi pengiktirafan kepada penulis lirik terkenal, arwah Juwie danĀ  Loloq yang banyak membantu memartabatkan industri seni tanah air menerusi karya seni mereka.

Acara berprestij ini diacarakan empat pengacara popular iaitu Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Fizie.

Persembahan istimewa daripada Jaclyn Victor bersama kumpulan El Gamma Panumbra menerusi lagu Gemilang, selain persembahan interlude daripada Man Bai, Ameng dan Ella, memeriahkan lagi malam kemuncak AJL 31. Kepada semua pemenang, tahniah diucapkan.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply