Saturday, Aug 18, 2018
HomeBeritaLetusan Kelud makin ‘menggila’

Letusan Kelud makin ‘menggila’

YOGYAKARTA: Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) yang memantau Gunung Kelud di Jawa Timur, mendakwa, letusan gunung setinggi 1,731 meter itu belum tiba ke kemuncaknya.

Advertisements

Media tempatan melaporkan, angka korban kini meningkat tujuh orang, 23 lagi masih hilang, manakala ribuan penduduk yang berlindung di pusat perlindungan sementara jatuh sakit, kebanyakannya diserang batuk, selesema dan sesak nafas.

“Letusan belum tiba ke kemuncak,” kata Ketua Pengarah BPPTKG, Subandriyo kelmarin.

Beliau berkata letusan seterusnya tidak mustahil lebih dahsyat berbanding letusan pertama yang berlaku jam 10.50 malam waktu tempatan 13 Februari lalu dengan gegarannya dirakam stesen pemantauan Deles, Klaten, Jawa Tengah. – Berita Harian/16 Feb 2014

comments

Pelakon hebat 'gegar
Yana samsudin tingga

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja