Lima rahsia didik anak

0
Cara mendidik anak haruslah bersifat menyokong perkembangan anak. (Gambar sekadar hiasan)

Cara mendidik anak haruslah bersifat menyokong perkembangan anak. (Gambar sekadar hiasan)

Saya cemburu tengok keluarga Haji Sulaiman dan Hajah Zanariah. Anak mereka semuanya berjaya, sopan, menghormati keluarga dan ikatan kasih sayang cukup kuat. Saya juga mahu anak seperti mereka, tetapi saya tak tahu macam mana hendak mulakan,” kata Halilah, 29, ibu kepada tiga orang cahaya mata.

Ya, setiap ibu bapa pasti mahu anak mereka membesar dengan sempurna dan cerdas. Bagi merealisasikan  harapan itu, anda harus melengkapkan diri agar dapat memberikan sokongan dan bantuan positif kepada anak.

Pola asuhan betul sangat penting dalam kehidupan berkeluarga. Cara mendidik anak haruslah bersifat mendukung perkembangan anak (sokongan), dilakukan secara positif dan menghindari kekerasan serta hukuman (konstruktif), selain dilakukan melalui kegiatan bermain (yang menyenangkan). Semua ini dirangkumkan dalam lima prinsip asuhan dan sangat bermanfaat untuk bekalan masa depan anak anda kelak.

Cuba belajar mengendalikan diri untuk mengatasi emosi negatif.

Cuba belajar mengendalikan diri untuk mengatasi emosi negatif. (Gambar sekadar hiasan)

1. Persekitaran selesa dan mendukung
Ciptakanlah persekitaran selesa dan mendukung untuk membantu anak mengeksplorasi dunianya. Cara ini memberi anda ruang mengawasi anak tanpa perlu waswas, sekali gus lebih yakin untuk memberi peluang dan kepercayaan kepada anak mencuba perkara baru.

2. Perhatian dan dukungan positif  
Sentiasa berusaha membina hubungan yang sihat dan intim dengann anak. Sediakan waktu untuk melakukan kegiatan bersama dan berkomunikasi dengan anak. Ini penting supaya anak selalu berasa dihargai dan disayangi.

3. Tanam nilai positif berterusan
Kata pepatah Melayu, bapa borek anak rintik. Jadi, anda harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak. Selain memberi penjelasan kepada anak mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Sediakan waktu untuk melakukan kegiatan bersama dan berkomunikasi dengan anak. (Gambar sekadar hiasan)

Sediakan waktu untuk melakukan kegiatan bersama dan berkomunikasi dengan anak. (Gambar sekadar hiasan)

4. Pemahaman sesuai usia
Penting bagi ibu bapa mengetahui kelebihan dan kekurangan anaknya. Selain memberi pujian sesuai dan tepat apabila anak berjaya melakukan sesuatu juga berikan sokongan ketika dia mengalami kegagalan atau rasa waswas.

5. Komunikasi positif
Mengatasi tekanan adalah langkah awal untuk membina komunikasi positif dengan anak. Cuba belajar mengendalikan diri untuk mengatasi emosi negatif, mencari penyelesaian ketika menghadapi masalah, membina komunikasi terbuka dengan pasangan atau individu yang terbabit dalam pengasuhan anak. Sekali gus kenali  kelebihan dan kekurangan diri serta mengembangkan sikap mahu belajar dan berubah lebih baik.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply