Lisa-Yusry bakal dapat anak pertama

0
Berita kehamilan Lisa dan pengumuman itu dibuat untuk menjawab semua telahan yang timbul sebelum ini.

Berita kehamilan Lisa dan pengumuman itu dibuat untuk menjawab semua telahan yang timbul sebelum ini.

SETELAH tiga tahun melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri, akhirnya impian Lisa Surihani dan suaminya, Yusry Abdul Halim untuk memiliki cahaya mata tercapai.

Bagaimanapun, pelakon filem ‘Suamiku Encik Perfect 10’ itu enggan mengulas lanjut kerana kehamilannya masih di peringkat awal.Berita gembira itu turut disahkan Yusry pada majlis pelancaran trailer filem Cicakman 3 di Pavilion, Kuala Lumpur , Rabu.

Kata Yusry, terlalu banyak spekulasi mengenai berita kehamilan Lisa dan pengumuman itu dibuat untuk menjawab semua telahan yang timbul sebelum ini.

“Ya, Lisa hamil. Hanya itu yang dapat dikatakan setakat ini kerana usia kandungannya masih terlalu awal. Spekulasi yang mengatakan kamiĀ  berdiam diri kerana sudah terikat dengan kontrak bersama stesen televisyen tertentu adalah tidak benar,” kata Yusry.

Lisa kemudian menambah, pada awalnya mereka enggan mewar-warkan berita berkenaan kerana mengikut tradisi orang tua.

“Kandungan saya masih belum melepasi trimester pertama. Kata orang tua masih terlalu awal untuk dihebahkan. Tunggulah apabila kandungan sudah stabil baru saya umumkan secara rasmi” kata Lisa.

Isnin lalu, pelakon terkenal itu dikatakan telah menolak tawaran mengacarakan karpet merah Anugerah Akademi yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari depan. Ini sekali gus menguatkan lagi spekulasi awal mengatakan pelakon cantik ini sedang hamil anak pertama.

Pasangan selebriti terkenal ini melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari 2012.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Berusia 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply