Lupita Nyong’o ‘Personaliti Paling Cantik 2014’

0

LOS ANGELES: Pemenang trofi Oscar,  Lupita Nyong’o telah dinamakan sebagai ‘Personaliti Paling Cantik’ bagi tahun 2014 oleh majalah People mengikuti jejak langkah bintang ternama seperti Gwyneth Paltrow, Julia Roberts dan Tom Cruise.

Nyong’o, 31, yang juga berasal dari Kenya berkata, dia hanya berasa cantik apabila mula meninggalkan negaranya ketika berusia 16 tahun dan sejak dari itu dia mempelajari mengenai perihal gaya dan kecantikan diri dari ibunya.

“Ibu mengajar saya bahawa penampilan seseorang menunjukkan dirinya yang sebenar.

“Ibu selalu kata yang saya cantik. Ketika kali pertama saya ke Mexico pada usia 16 tahun, itulah kali pertama saya berasa benar-benar cantik” ceritanya lagi kepada majalah hiburan berprestij, People.

Sebelum ini, Nyong’o telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Akademi menerusi lakonannya di dalam filem 12 Years A Slave.- Astro Awani

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply