Makanan lazat dan berkhasiat dengan ciptaan terbaharu Tefal

0

(L-R) Dino Goh & Chef Anis Nabilah preparing dishes with the ActiFry

PEMBUAT peralatan masak dan perkakasan rumah utama dunia, Tefal terus merealisasikan visinya untuk memenuhi gaya hidup pengguna masa kini menerusi penghasilan produk berinovasi yang membantu pengguna mengamalkan pengambilan makanan sihat dan segar, pada masa sama enak dinikmati bersama keluarga.

Mengekalkan berat badan seimbang sangat penting untuk mengelak daripada risiko masalah kesihatan yang memudaratkan. Bagi mendapatkan manfaat kesihatan melalui kaedah memasak yang kurang berminyak, pengguna kini boleh memasak hidangan sihat menggunakan bahan segar hanya dengan satu butang sahaja. Memasak dengan sihat tanpa sebarang tekanan kini boleh dilakukan dengan lebih pantas dan mudah menggunakan periuk Tefal ActiFry FZ7072.

Dino Goh & Chef Anis Nabilah2
(Personaliti Dino Goh dan Chef Anis Nabilah memasak menggunakan periuk Tefal ActiFry FZ7072)

 

 

Menawarkan kaedah memasak sihat dan moden di samping menggunakan teknologi memasak praktikal. Periuk yang menjadi pilihan ramai dan No.1 di Eropah juga Kanada, memastikan penggunanya dapat memasak dengan lebih mudah dan sihat.

Menggunakan sistem peredaran udara panas denyut terpaten Tefal, periuk ini menghasilkan aliran udara panas yang seimbang sewaktu memasak. Justeru, Tefal Actifry berupaya meningkatkan rasa semula jadi makanan yang dimasak itu tanpa menjejaskan kandungan vitamin dan khasiatnya.  Suhu memasak yang digunakan terkawal pada 170°C sekali gus menjadikannya sesuai digunakan untuk menggoreng semua jenis makanan.

TE-DEEP-FRYER-ACTIFRY-UK-1

Periuk Tefal ActiFry FZ7072 adalah penyelesaian terbaik kepada pengguna khususnya yang menjalani rutin kehidupan sibuk dan tidak berkesempatan  memasak di rumah. Golongan bekerja kini berpeluang menikmati makanan sihat dan menyelerakan tanpa perlu menahan nafsu makan.

?

Berbanding  cara menggoreng yang konvensional, menggunakan Tefal ActiFry FZ7072 lebih semula jadi dan sihat kerana tidak memerlukan penggunaan minyak yang banyak. Periuk ini disertakan bersama sudu pengukur pintar Actifry (14ml) untuk mengawal kuantiti minyak yang digunakan dalam  masakan. Bagi memasak satu kilogram makanan, memadai hanya sesudu minyak dan menghasilkan lemak serendah tiga peratus. Sekali gus pengguna dapat menikmati juadah makanan yang lazat dan sihat.

“Selain memastikan diet berkhasiat dan seimbang untuk mengelakkan kegemukan, kita juga perlu mencari masa untuk memasak makanan  sihat. Kesibukan rutin harian juga menyebabkan kita tidak berkesempatan menyediakan makanan sihat untuk keluarga dan akhirnya terpaksa membeli makanan dari luar ataupun berkunjung ke restoran makanan segera, atau dengan erti lain kita menjamu makanan yang kurang kandungan khasiatnya,” kata Pengarah Urusan, GROUPE SEB (Singapura & Malaysia), Kelvin Mow.

 

Sebagai tambahan kepada teknologi maju terpaten Tefal, periuk ini juga didatangkan bersama  pengayuh kacau automatik untuk pembuangan minyak secara optimal dan penggiliran memasak konsisten sekali gus membolehkan pendekatan memasak 100 peratus bebas tangan.  Tefal ActiFry FZ7072 membuktikan keserbagunaannya dengan membenarkan penggunanya untuk memasak resipi berasaskan kering dan berkuah daripada makanan segar dan beku tanpa sebarang halangan.

SEB 0052-Tefal Actifry Backdrop_Racking

Bahan periuk dalaman diperbuat daripada salutan seramik tidak melekat yang membenarkan bahan makanan digaul bersama pengayuh kacau automatik tanpa terperangkap kepada periuk.

Bagi memudahkan pemasakan makanan bertekstur lembut, Tefal ActiFry FZ7072 mempunyai rak snacking yang membantu mencedok makanan keluar dari periuk dan pada masa sama membolehkan minyak berlebihan dikeringkan daripada hidangan, ini menjadikan makanan itu ranggup.  Periuk ini mempunyai pemasa digital 60-minit yang siap dipasang dan berfungsi mengeluarkan bunyi beep apabila waktu memasak selesai, sekaligus mengelak makanan daripada dimasak melebihi had masa dan hangus.

NR9A7049

Penutup lutsinarnya membolehkan pengguna melihat dengan mudah proses memasak dan mengelak lembapan serta minyak daripada meresap keluar. Semua bahagian boleh ditanggalkan dan selamat dicuci.

Tefal ActiFry FZ7072 + Snacking ini boleh didapati di pasaraya utama dan kedai elektrik pada harga RM999. – Teks: Azni Lee Abdullah

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply