This domain has recently been listed in the marketplace. Please click here to inquire.

spamcheckr.com

Malam bertuah buat Aaron Aziz & Siti Saleha

0
Malam bertuah buat Aaron Aziz dan Siti Saleha.

Aaron Aziz dan Siti Saleha bersama trofi kemenangan di ABPBH 2013.

ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) sekali lagi membawa tuah kepada Aaron Aziz apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, sekali gus menyingkirkan beberapa calon kegemaran seperti Zizan Razak dan Shaheizy Sam dengan undian peminat sebanyak 76742. Aaron juga mengungguli kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.

ABPBH 2013 membawa tema Magis Alam berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang diacarakan Fara Fauzana, Amy Mastura dan Shiro itu turut menyaksikan Siti Saleha mencipta kejutan dengan mengungguli dua kategori utama iaitu Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular.

Senarai pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2013

Kategori Utama:
Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Artis Baru Lelaki Popular – Achey
Artis Baru Wanita Popular – Zara Zya
Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Stacy
Pelakon TV Lelaki Popular –  Shah Iskandar
Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular – Jep
Artis Komedi Wanita Popular – Jihan
Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk AC Mizal
Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa
Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan (ERA)
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (HOT FM)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali

Kategori Online:
Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari
Artis Wanita Stailo – Yana Samsudin
Gandingan Serasi di Layar – Azlee Khairi & Zara Zya
Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan
Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza
Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan
Aksi di Youtube Paling Popular – Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply