Saturday, Oct 20, 2018
HomeBeritaMalaysia gagal merangkul Piala Thomas

Malaysia gagal merangkul Piala Thomas

Aksi pertama Jepun dalam pusingan akhir Piala Thomas.

JEPUN mencipta sejarah dengan merangkul Piala Thomas pertama mereka apabila Takuma Ueda menewaskan Liew Daren dalam straight set 21-12, 18-21, 21-17 dalam perlawanan penentuan.

Advertisements

Sebelum ini Jepun pernah ke peringkat separuh akhir untuk dua kali pada tahun 2010 dan 2012, ini aksi pertama Jepun dalam pusingan akhir.

Perlawanan akhir bermula pada jam 5.30 petang waktu Malaysia menyaksikan aksi hebat Datuk Lee Chong Wei berjaya menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-16 pada perlawanan perseorangan pertama.  Bagaimanapun, Jepun memberi persaingan sengit menerusi beregu Tan Boon Heong dan Hoon Thien How tewas di tangan  Kenichi Hayakawa dan Hiroyuki Endo 21-12, 17-21, 19-21.

Chong Wei Feng turut tewas kepada Kento Momota dalam straight set 15-21, 17-21.

Pada perlawanan beregu kedua, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya menyamakan kedudukan dengan menewaskan Keigo Sonoda dan Takeshi Kamura dalam tiga set 19-21, 21-17, 21-12

Pada peringkat separuh akhir, Malaysia menewaskan Indonesia 3-0, sementara Jepun menewaskan China yang menjuarai lima edisi Piala Thomas sebelum ini.

Kali terakhir Malaysia mara ke peringkat akhir adalah pada tahun 2002 di Guangzhou, China tetapi tewas kepada Indonesia 2-3.

Malaysia memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.

 * Sumber: Astro Awani

 

comments

FOLLOW US ON:
Malam Bertuah Buat A
Coklat Cadbury ada D

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja