“Mama ni cerewetlah!”

0
Berikan tumpuan dan masa berkualiti kepada anak anda. -Gambar hiasan

Berikan tumpuan dan masa berkualiti kepada anak anda. -Gambar hiasan

“ALA…Mama ni, semua tak boleh buat! Along nak main dengan kawan aje, itu pun tak boleh. Mama ni cerewetlah!” Rungut Syafiq, 6 tahun. Dia menghentakkan kaki beberapa kali sebelum berlari menuju ke bilik tidurnya. Pintu bilik dibanting keras.

Ya, keletah  anak kadangkala membuat anda terhibur, tetapi ada waktunya perangai mereka menjengkelkan dan berasa mahu menghukumnya. Ya, menjadi ibu bapa bukan perkara mudah dan tugas mendidik anak tiada penghujungnya.

Sebagai ibu bapa, lumrah apabila anda selalu mahu memberikan yang terbaik kepada anak. Bagaimanapun, jika terlalu berlebihan boleh memberi kesan tidak baik pada perkembangan anak.

Berikut ini 10 kesalahan yang biasa dilakukan ibu bapa dan harus dielakkan dalam mendidik anak.

1. Pengawasan
Jangan biarkan anak terlalu banyak bergaul di luar lingkungan keluarga. Apabila anak anda perlu tinggal di asmara, kunjungi mereka secara berkala dan jangan biarkan anak membesar serta hidup tanpa pengawasan anda.

2. Pendengar yang baik
Jangan berlebihan apabila berlaku sesuatu kepada anak. Dengar dahulu apa yang dirasakan atau dialami anak, kemudian ambil tindakan sewajarnya.

3. Jarang bertemu muka
Ibu bapa sebaiknya membiarkan anak melakukan kesalahan dan belajar daripada kesilapan itu hingga dia tidak mengulanginya. Pastikan cara ini diterapkan pada perkara yang tidak membahayakan anak dan masih dalam pengawasan anda.

Anda perlu mendaftar untuk membaca keseluruhan kandungan portal ini. Login menggunakan kotak di sidebar. Tidak mendaftar? Klik di sini untuk mendaftar

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply