Mamil® bantu ibu fahami kepentingan sistem penghadaman

0
Mamil® berbesar hati membantu ibu dan melalui inisiatif ini diharap dapat terus meningkatkan kesedaran agar kanak-kanak boleh menikmati kebaikan kesihatan sistem penghadaman yang baik.

Mamil® berbesar hati membantu ibu dan melalui inisiatif ini diharap dapat terus meningkatkan kesedaran agar kanak-kanak boleh menikmati kebaikan kesihatan sistem penghadaman yang baik.

Sistem Penghadaman yang sihat membekalkan banyak fungsi penting yang menyokong tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Justeru, pada 15 November 2015, bertempat di The Majestic Hotel di Kuala Lumpur para ibu berkumpul bagi acara ‘Mamil® MomMe’, acara kedua yang diadakan di Kuala Lumpur, untuk mempelajari lebih lanjut mengenai bagaimana sistem penghadaman berfungsi untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Menurut Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd., Jane Ee, kepentingan fungsi sistem penghadaman selalunya tidak diberi perhatian. Selaku pakar dalam nutrisi kanak-kanak, Mamil® berbesar hati untuk membantu ibu dan melalui inisiatif ini diharap dapat terus meningkatkan kesedaran agar kanak-kanak boleh menikmati kebaikan kesihatan sistem penghadaman yang baik.

“Rumusan susu Mamil® untuk kanak-kanak mengandungi campuran prebiotik galakto-oligosakarida, GOS/lcFOS (9:1) berpaten antarabangsa untuk menyokong dan mengekalkan persekitaran usus yang baik,” kata Jane Ee.

Dihoskan selebriti yang juga seorang ibu, Aishah Sinclair, sesi ini menerima responpositif daripada ibu Mamil® dan juga ibu dengan anak-anak yang belum mencuba produk Mamil®; di mana ramai yang mendaftar secara online untuk pek percubaan 7-hari.

Campuran prebiotik galakto-oligosakarida (GOS) dan rangkaian frukto-oligosakarida (IcFOS)  berantai panjang Mamil® yang berpaten antarabangsa pada nisbah 9 ke 1, telah terbukti secara saintifik mampu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus, mengurangkan pertumbuhan bakteria merbahaya, menguatkan lapisan perlindungan ususdan menjadikan najis lebih lembut untuk memudahkan pembuangan air besar.

Dr Chin menekankan; kesihatan sistem penghadaman yang baik, dengan persekitaraan usus yang baik, membantu menjadikan najis lebih lembut agar dapat membuang najis dengan lebih mudah.

Dr Chin menekankan;
kesihatan sistem penghadaman yang baik, dengan persekitaraan usus yang baik, membantu menjadikan najis lebih lembut agar dapat membuang najis dengan lebih mudah.

Sementara itu, Pakar Perunding Kanak-kanak Dr Chin Wai Seong, berkata, bertahun-tahun kalangan pakar telah memperkatakan mengenai peranan penting sistem penghadaman yang bukan sekadar berfungsi sebagai asas pencernaan dan menyerap makanan yang dimakan. Kajian terbaharu menunjukkan sistem penghadaman sihat juga menyumbang kepada sistem imun yang sihat dan kesejahteraan emosi.

“Misalnya, makanan berkhasiat tidak akan mampu memberi manfaat kepada anak anda jika sistem penghadamannya tidak boleh mencerna dan menyerap nutrisi secara optimum. Kanak-kanak yang mempunyai sistem penghadaman tidak sihat akan mengalami simptom seperti perut kembung, kurang selera makan, cirit-birit dan sembelit; ini akan memberi kesan kepada perkembangan fizikal dan tahap tenaga mereka, seterusnya mengakibatkan tumbesaran kurang memberangsangkan dan membuatkan mereka berasa penat dan meragam,” jelasnya lagi.

Sewaktu pembentangannya mengenai ‘Kepentingan Kesihatan Sistem Penghadaman yang Baik Untuk Anak Anda’, Dr Chin menekankan:

  • Kesihatan sistem penghadaman yang baik, dengan persekitaraan usus yang baik, membantu menjadikan najis lebih lembut agar dapat membuang najis dengan lebih mudah.
  • Sistem imun badan juga berkait rapat dengan kesihatan menyeluruh kerana 70 peratus sel imun terletak di dalam sistem penghadaman, justeru sistem penghadaman yang baik juga boleh membantu mengelakkan jangkitan penyakit.
  • Pada masa sama, sistem penghadaman dan persekitaran usus yang baik menyokong pencernaan dan penyerapan nutrisi. Ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Dr Chin turut berkongsi beberapa tip berguna untuk mengekalkan kesihatan sistem penghadaman yang baik seperti memastikan anak-anak selalu bersenam, meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan air serta memasukkan prebiotik dalam diet anak mereka untuk merangsang pertumbuhan bakteria baik dan mencegah pertumbuhan bakteria merbahaya di dalam usus, seterusnya menyokong kesihatan sistem penghadaman yang baik.

Maklumat mengenai Mamil®, layari www.mamil.com.my, www.facebook.com/DumexMamil atau hubungi talian Mesra Pelanggan Mamil® di 1800 38 1038.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply