Marshanda buat permohonan bercerai?

0

marshanda

TIADA angin, tiada ribut. Tiba-tiba, muncul berita pelakon dan penyanyi seberang, Marshanda membuat permohonan cerai. Padahal, sepanjang perkahwinannya dengan VJ MTV, Ben Kasyafani, hampir tiada gosip atau kontroversi yang menghampiri mereka.

Beberapa media Indonesia melaporkan, Marshanda atau lebih dikenali sebagai Chacha yang kini berbijab mengakui membuat permohonan itu malah tinggal berasingan sejak sebulan lalu. Khabarnya, kini Marshanda tinggal di rumah ibu bapanya. Kepada sejumlah media, Chaca mengaku telah membuat permohonan di Pengadilan Agama Jakarta Pusat.

Pengurus Marshanda, Puji, dipetik berkata, “Ya, benar (Marshanda mohon cerai), tetapi inti dan detailnya saya kurang pasti,” katanya.

Sebelumnya, Puji menjelaskan, Chacha masih berkomunikasi baik dengan Ben. Dia mengaku pernah melihat Ben datang dan menemani Marshanda dalam satu acara yang dihadiri Chaca.

Manakala Ben dilaporkan tidak tahu kenapa isterinya itu membuat permohonan cerai. Bagaimanapun, dia mengakui, rumah tangganya memang mengalami keretakan. Ben dipetik berkata;

“Saya tak tahu kenapa ini berlaku (permohonan cerai). Betul, kali ini serius saya bercakap jujur, saya tak tahu apa yang terjadi. Ya Allah, jangankan awak (wartawan), saya juga pasti terkejut kalau dengar berita itu (bercerai),” kata Ben di kawasan Cibubur, Jakarta Timur, Khamis 1 Mei 2014.

Buat masa ini, Ben mengakui dia masih tetap berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya. Pasangan selebriti muda yang menikah pada 2 April 2011 ini dikaruniai seorang anak bernama Sienna Ameerah Kasyafani.

Harapnya, ini hanya gosip semata-mata dan rumah tangga mereka masih dapat diselamatkan.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply