Monday, Jun 25, 2018
HomeBeritaMAS minta media hormati privasi waris penumpang

MAS minta media hormati privasi waris penumpang

Penerbangan Malaysia (MAS) meminta pihak media supaya menghormati hak privasi keluarga penumpang dan anak kapal MAS MH370 yang sedang bersedih berhubung kehilangan pesawat berkenaan.

Advertisements

Naib Presiden Kanan, Komunikasi Strategik, MAS, Datuk Najmuddin Abdullah, berkata pihaknya menerima maklum balas daripada keluarga bahawa mereka diganggu dalam usaha media mendapatkan maklumat.

“Seperti mana kami memahami tugas anda untuk memberikan maklumat terkini dan terperinci kepada orang awam, kami memohon kerjasama anda untuk menghormati hak privasi keluarga yang sedang bersedih.

“Fokus utama kami ketika ini adalah menjaga keluarga yang masih dalam keadaan terkejut dan sedang cuba menerima apa yang berlaku kepada orang kesayangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.- Berita Harian

comments

Bekas banduan dipenj
Bawal Goreng Masam M

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja