Mata lebih sihat dan menawan

0
Duta tempatan 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON® , Jojo Goh.

Duta tempatan 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON® , Jojo Goh.

SUATU ketika dahulu, kaum wanita hanya bergantung pada mekap. Kini, dengan kecanggihan teknologi moden, mereka dapat menyerlahkan kecantikan yang berkilauan dan menawan dengan beberapa langkah yang mudah tetapi selamat dan semula jadi.

Selain untuk mengimbangi keperluan kerja dan kehidupan sosial, wanita kini boleh memilih kanta lekap yang menawarkan kesan terbaik tanpa masalah.

Memperkenalkan1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON® baru, kanta kecantikan inovatif sihat yang mampu menyerikan mata wanita sepanjang hari. Menggunakan teknologi eksklusif ACUVUE® iaitu LACREON® yang berpaten menerapkan agen pelembab terus ke dalam fabrik kanta berteknologi tinggi dan menggunakan Etafilcon A, untuk memberikan perlindungan kelembapan tahan hingga 20 jam untuk keselesaan sepanjang hari.

Ini cara mudah untuk meningkatkan sinaran segar dan warna pada mata selain menyerlahkan ciri paling menarik seseorang wanita dengan serta-merta. Bagi kesan yang lebih semula jadi, kanta ini direka menggunakan corak canggih yang diilhamkan iris mata semula jadi; ini memberikan kejelasan lebih mendalam, meningkatkan definisi mata dan pada masa sama kepelbagaian lut cahayanya menjadikan mata lebih bersinar secara semula jadi.

1•DAY ACUVUE® DEFINE™  dengan LACREON® salah satu kanta lekap paling nipis di pasaran juga menggunakan teknologi unik Beauty-Wrapped-In-Comfort ™ (BWIC™), di mana warna ditanam antara dua lapisan lut sinar kanta nipis yang diperbuat daripada Etafilcon A bagi menghalang pigmen dari bersentuhan dengan mata. Teknologi ini bertepatan dengan falsafah Johnson & Johnson untuk mempromosi kesihatan mata kepada semua.

Lebih mudah dan semula jadi
Pengarah Negara, Kumpulan Retail, Johnson & Johnson Malaysia, Stuart Crabb, berkata, 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ ini membawakan kecantikan semula jadi ke satu tahap baru. Kini, setiap wanita mempunyai cara baru dan lebih baik untuk meningkatkan lagi penampilan mereka dengan mudah.

Lebih menarik, menjadi satu-satunya jenama kanta lekap yang mempunyai pengiktirafan perlindungan UV bertaraf antarabangsa untuk menghalang sinar UV yang boleh mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang pada mata.

“Saya memang peminat kanta lekap jenama ACUVUE® dan telah lama menggunakannya kerana memudahkan dalam kerjaya saya. Apabila penggambaran berlanjutan berjam-jam di dalam studio berhawa dingin atau lokasi luar yang panas, cukup sukar untuk mengekalkan keadaan mata yang terang dan berkilau sepanjang hari.

Selain itu touch-up yang kerap dan lampu limpah terlalu terang juga memberi tekanan pada mata saya, jadi saya sungguh gembira kerana 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ kini mengandungi LACREON®. Kesan pelembabnya sungguh selesa untuk penggunaan sepanjang hari dan mata saya kelihatan sentiasa segar juga  bertenaga walaupun keletihan. Kanta lekap ini menjadi keperluan kecantikan seharian saya kerana memberi kilauan mata yang menawan dengan serta-merta walaupun tanpa mekap.” kata duta tempatannya, JoJo Goh berkata,

1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON® pakai buang harian yang didapati dalam Natural Shine™ dengan gelang limbal kelabu gelap dan kilauan emas; Accent Style dengan gelang limbal hitam dan Vivid Style dengan gelang limbal coklat. Dapatkan maklumat lanjut mengenai kanta lekap ini daripada pakar optometrist ACUVUE®  yang bertauliah atau  layariwww.acuvue.com.my atau www.facebook.com/AcuvueMalaysia

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply