Mayat ‘berkafan’ tepi jalan

0

Mayat seorang lelaki yang dibungkus seperti dikafankan ditemui di tepi Jalan Perusahaan 2 Bukit Minyak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, mayat dipercayai warga asing itu ditemui seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan dengan seluruh badan dibungkus cadar bercorak bunga warna ungu cair.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata keadaan mayat itu seperti sudah dikafankan kerana ia ditemui dibungkus cadar dengan bahagian kepala dan kaki diikat.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan mati di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.

“Mayat itu ditemui dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulut berbuih. Polis percaya lelaki itu baru saja meninggal dunia,” katanya di sini, semalam. (Sumber berita: Berita Harian Online/ 27 Feb 2014)

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply