Mayat ibu tepi jalan

0

“SAYA hanya mampu meraung sedih sejurus mendapati sekujur tubuh yang terbaring di tepi jalan raya itu adalah mayat ibu,” kata Muhammad Syukran Mat Rozi, 17.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, Siti Asiah Mat Hussin, 49, mati di tempat kejadian manakala anaknya Muhammad Lukmanul Hakim Mat Rozi, 12, parah selepas dilanggar sebuah lori dari arah bertentangan di Kilometer 6, Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Gua Badak, di sini.

Syukran berkata, dia dalam perjalanan pulang dari sekolah terserempak mayat seorang wanita terbujur tidak jauh dari sebuah motosikal.

“Hati saya berdebar-debar dan firasat buruk saya menjadi kenyataan apabila melihat mayat ibu ditutup dengan kertas surat khabar.

“Saya menangis tidak henti sehingga terpaksa ditenangkan orang ramai,” katanya.- Harian Metro

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply