Memahami sistem penghadaman anak

0
Sekiranya sistem penghadaman anak kurang baik, perkembangan dan tumbesarannya boleh terbantut. Gambar hiasan.

Sekiranya sistem penghadaman anak kurang baik, perkembangan dan tumbesarannya boleh terbantut. Gambar hiasan.

PADA permulaan kehidupan bayi, sistem penghadaman masih dalam proses perkembangan dan kematangan. Sistem penghadaman bayi masih belum bersedia menerima makanan kecuali susu ibu. Berikut ini perkembangan sistem penghadaman anak anda.

1. Perkembangan sistem penghadaman
* Usus bayi mula membentuk seawal minggu kelima dalam kandungan ibu.
* Bulan keenam selepas kelahiran, sistem penghadaman bayi cukup matang untuk menghadam makanan pejal yang mengandungi kanji, protein, lemak, vitamin dan galian. Pada usia ini, bayi boleh menerima makanan sampingan selain susu ibu.
* Bakteria sihat yang tumbuh di dalam usus bayi (mikloflora usus) melindunginya daripada jangkitan kuman dan membantu mematangkan sistem imunnya.
* Pada permulaan zaman kanak-kanak, sistem penghadamannya berterusan untuk menjadi matang. Dua tahun pertama adalah masa paling kritikal. Mikloflora usus tersedia dan boleh mempengaruhi sistem pertahanan badannya untuk jangka panjang. Sekiranya sistem penghadaman anak kurang baik, perkembangan dan tumbesarannya boleh terbantut.

2. Persekitaran saluran penghadaman
* Usus bayi bebas kuman ketika kelahiran, namun apabila dilahirkan, bakteria daripada mikloflora alat kelamin ibu dan persekitaran mula memasuki ususnya.
* Ketika bayi menerima susu ibu, bakteria bermanfaat dalam susunya seperti lactobacilli dan bifidogenic bakteria turut memasuki sistem penghadaman bayi dan membentuk mikloflora di dalam ususnya.
* Apabila bayi membesar dengan sihat, pembentukan usus mikloflora yang distabilkan pada dua tahun pertama biasanya dipertahankan hingga peringkat dewasa. Justeru, keseimbangan mikloflora yang sihat penting untuk kesihatan keseluruhan bayi. Bayi yang tidak mempunyai keseimbangan bakteria usus mudah mengalami kolik (perut kembung dan sakit pada bahagian abdomen) dan berisiko mendapat alahan (seperti ekzima) serta asma ketika mereka membesar.

3. Susu ibu
Susu ibu mengandungi nutrien penting untuk tumbesaran, perkembangan dan kesihatan anak. Pada masa sama menjamin kesihatan sistem penghadaman bayi anda. Selain itu mengandungi faktor bifidogenic yang mendorong pertumbuhan dan penjajahan bakteria baik di dalam usus anak. Sekali gus membantunya mempertahankan mikloflora usus yang sihat dan boleh mengurangkan risiko mengalami cirit-birit serta penyakit usus lain.

* Sumber rujukan: Buku panduan terbitan Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply