Membeli belah bersama duta Kotex

0
Pemenang peraduan Kotex® ‘1 Minute Time-Out ' seronok membeli-belah sambil ditemani duta Kotex® Nad Zainal dan Siti Saleha, pelakon utama drama ‘Memberku Hawa'.

Pemenang peraduan Kotex® ‘1 Minute Time-Out ‘ seronok membeli-belah sambil ditemani duta Kotex® Nad Zainal dan Siti Saleha, pelakon utama drama ‘Memberku Hawa’.

CUKUP menyeronokan apabila dapat menghabiskan masa sehari bersama selebriti pujaan dan menerima hadiah wang tunai untuk membeli belah.

Itulah hadiah yang dimenangi pemenang peraduan Kotex® ‘1 Minute Time-Out ‘, mereka seronok dapat membeli-belah sambil ditemani duta Kotex® Nad Zainal dan Siti Saleha, pelakon utama drama ‘Memberku Hawa’!

Keseronokan membeli belah di butik pakaian Forever 21 juga lebih bermakna bagi semua pemenang kerana mereka bukan sahaja dapat bersembang dengan Nad Zainal dan Siti Saleha, malah boleh bertanya mengenai fesyen, mekap dan cara memastikan kesihatan Zon-V tidak terabai ketika sibuk.

Sebagai jenama produk penjagaan wanita, Kotex® sentiasa berusaha meningkatkan kesedaran mengenai kesejahteraan dan kesihatan wanita.

Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, berkata. “Kita tidak akan mempelajari fakta yang penting jika segan atau malu. Inilah sebabnya kami menyeru kaum wanita untuk lebih yakin, berpengetahuan dan proaktif pada penjagaan kesihatan Zon-V mereka.”

Kekal segar dan bersih
Hanya satu minit dalam rutin harian seorang wanita mencukupi untuk melakukan perbezaaan hidup, terutama dengan liner Kotex® Fresh Plus, pelapik yang terbukti dapat memberikan tiga kali perlindungan pada kulat, bau dan bakteria seterusnya membantu melindungi Zon-V.

Kata Nad Zainal, “Kekal segar dan bersih sepanjang hari adalah wajib. Sudah bertahun saya menggunakan Kotex® dan tidak pernah merasa risau kerana produk ini terbukti melindungi kesihatan Zon-V, terutamanya pada hari sibuk seperti hari ini apabila saya ingin berasa selesa dan dilindungi, sekali gus dapat memberi tumpuan pada perkara penting.”

“Pada masa kini, semua orang sentiasa sibuk. Memang mudah terus keluar rumah, tetapi mengutamakan kesihatan Zon-V hanya mengambil masa satu minit saja dan amat berbaloi untuk sentiasa sihat. Menjadikan ini sebahagian daripada rutin harian adalah cara terbaik untuk memastikan kita tidak terlupa.,” celah Siti Saleha.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara penjagaan kesihatan Zon-V anda, layari laman Facebook Kotex® Malaysia www.facebook.com/KotexMalaysia, log masuk ke www.kotex.com.my atau hubungi 1-800-82-1188.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply