Memikat selera

0

KECUR liur seriap kali melihat paparan sajian menarik daripada dua blogger masakan tersohor ini. Tidak hanya cantik dipandang, idea masakannya juga memikat selera. Tidak lokek berkongsi ilmu dan kepakaran dalam dunia kulinari, membuat Adnan Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Mat Gebu dan Azlita Aziz disenangi ramai.

Di dapur maya, blogger masakan tersohor ini bukan sahaja berkongsi pelbagai cita rasa, malah saling bersilaturahim. Sekali gus membukti, makanan mampu menjadi ‘pengikat’ hubungan dan kasih sayang.

Mat

Dapur Tanpa Sempadan
(www.tiffinbiru.com)

Blog ini memang dikenali ramai, pengikut setianya daripada pelbagai usia dan bangsa. Blog Dapur Tanpa Sempadan memaparkan pelbagai resipi yang cukup memikat selera, apatah lagi dengan kepakaran pemiliknya, Adnan Ibrahim  merakamkan ‘wajah’ masakannya. Huh…Pasti ramai yang terliur dibuatnya. Tahniah Mat Gebu!

Azlita

Masam Manis
(www.azlitamasammanis.com)

Memetik kata pemiliknya, Nor Azlita Abdul Aziz, blog ini menghimpunkan pelbagai resepi yang telah dicuba. Menerusi blog masakannya ini, dia menghimpun semua resepi pilihan keluarga, resepi yang sedap pada selera keluarganya, resepi daripada koleksi rakan  juga resepi daripada buku masakan. Tujuannya, mahu dijadikan sebagai rujukan utama kepada anak dan diri sendiri. Himpunan sajiannya sangat menarik. Lihatlah teknik fotografinya, cukup berseni dengan gaya tersendiri. Hebat betul wanita hari ini, bukan. Cekap di dapur, mahir menggunakan kamera.

 

*Anda ada blogger masakan pilihan yang mahu kami ketengahkan di ruangan ‘Dapur Maya’? Boleh cadangkan kepada kami menerusi facebook/Inspirasi-Magazine-Online atau emel: inspirasimagazine@gmail.com

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply