Mengapa si dia belum melamarmu?

0
Gambar hiasan

Anda tidak sabar menunggu menunggu lamaran, sedangkan si dia masih waswas. (Gambar hiasan)

SEKIAN lama bercinta, pasti anda (wanita) mahu hubungan dimemeterai dengan lafaz ijabkabul nan suci. Sayangnya, si dia belum datang melamar? Mungkin ada yang membuat dia bimbang dan belum berkeyakinan menyunting bunga idaman hati? Berikut ini beberapa penyebab mengapa lelaki belum bersedia menghantar pinangan.

1. Kewangan
Ada segelintir lelaki sangat bimbang tidak dapat menanggung keluarganya dan kadangkala calon isteri yang berpendapatan lebih besar atau bercitarasa tinggi boleh menjadi beban kepada mereka. Jadi, anda perlu lebih peka mengenai perkara ini dan berikan sokongan kepadanya.

2. Kedudukan kerjaya
Bagi lelaki, kedudukan dalam kerjaya sangat penting. Semakin tinggi kedudukan mereka, bertambah tinggi nilai mereka di mata masyarakat terutama keluarga calon isteri.  Justeru, anda harus bijak melayani egonya dengan cara menghargai, sekali gus membuat dia berasa sangat diperlukan. Paling penting, anda jangan bersikap memaksa atau mendesak, sebaiknya biarkan dia melakukannya mengikut kemampuan sendiri.

3. Kelemahan
Lelaki paling takut pada kelemahan fizikal dan emosi, malah mereka tidak suka dianggap emosional. Padahal, jika masalah emosi tidak diatasi segera, boleh mengganggu kesihatan fizikal mereka. Ajaklah si dia berkongsi masalah atau kebimbangannya. Pada masa sama, beri keyakinan kepada mereka bahawa bukan wanita sahaja boleh meluahkan isi hati. Lelaki juga tidak terkecuali kerana kita adalah manusia, sikap dan keinginan kita hampir sama.

4. Kehidupan seks
Beberapa kajian daripada pakar perancangan keluarga mendapati, lelaki sangat bimbang mengenai kehidupan seksualnya. Mereka takut tidak dapat memuaskan pasangannya atau ada masalah pada alat sulitnya seperti ejakulasi awal. Jadi, sebaiknya ajak dia berbincang atau dapatkan nasihat doktor.

5. Tanggungjawab
Ramai lelaki berasa bimbang tidak dapat menjadi ayah yang baik kepada anaknya. Apatah lagi jika mereka pernah melalui masa silam yang menyedihkan seperti penceraian, penderaan dan lain-lain. Mungkin tanpa disedari mereka bimbang perkara itu menimpa keluarganya, terutama anak.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply