Menjerit sepuasnya di Flight of the Gibbon

0
Terbang dan menjerit sepuas hati di Flight of the Gibbon

Terbang dan menjerit sepuas hati di Flight of the Gibbon

MEMANDANG keindahan kejadiannya menambah kesegaran jiwa. Fikiran yang kusut dan tersimpul, bagaikan terungkai lurus. Perasaan rungsing dan kecewa segera pulih. Tubuh yang lemah dibelenggu rutin kehidupan kota kembali ringan dan bertenaga.

Inilah manifestasi diri jika dekat dengan alam. Jiwa kembali segar kerana hati hampir dengan kehidupan alam semula jadi. Ya, jika anda ingin melegakan ketegangan kerana tekanan kerja dan hiruk-pikuk kota metrapolitan ini, penulis mahu mencadangkan sebuah pusat rekreasi menarik yang terletak di Chiang Mai, Thailand.

Pusat rekreasi unik ini sangat popular di kalangan rakyat Thailand dan pelancong asing. Anda pasti jatuh cinta sebaik sahaja melangkahkan kaki ke Flight of the Gibbon.

Terletak di Desa Mae, kira-kira 55 minit memandu dari pusat bandar Chiang Mai, Flight of the Gibbon antara lokasi paling ideal untuk beriadah serta mengadakan kegiatan secara berkumpulan. Sekali gus memberi pengalaman menakjubkan yang mampu merangsang sistem saraf anda hingga membuat anda berasa tidak tenteram.

Anda perlu mendaftar untuk membaca keseluruhan kandungan portal ini. Login menggunakan kotak di sidebar. Tidak mendaftar? Klik di sini untuk mendaftar
Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply