MH17 ditembak

0
295 penumpang, anak kapal terbunuh.

295 penumpang, anak kapal dipercayai terbunuh.

Kuala Lumpur: Pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, malam tadi.

Ketika kejadian, pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, dalam laman Facebooknya berkata pesawat itu dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara.

MAS melalui laman Facebooknya, mengesahkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat itu ketika kedudukan terakhir pesawat berkenaan di ruang udara Ukraine. – BH Online

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply