MH370: Berakhir di samudera

0

SELEPAS 17 hari kehilangan MH370, akhirnya malam tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat berkenaan berakhir di Lautan Hindi.

Berikut adalah pengumuman yang dibuat beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan wajah dan suara sayu.

“Petang tadi (semalam), saya diberikan penerangan oleh wakil daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) yang memaklumkan bahawa INMARSAT iaitu syarikat di United Kingdom yang menyediakan data satelit termasuk di Koridor Selatan dan Utara sudah melakukan kiraan lanjut mengenai data berkenaan.

Mas

Menerusi pelbagai analisis yang belum digunakan dalam siasatan sebelum ini, pihak itu mendapat petunjuk mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis terbaru, INMARSAT dan AAIB membuat kesimpulan bahawa pesawat itu terbang melepasi Koridor Selatan dan itu adalah lokasi terakhir di tengah Lautan Hindi iaitu barat Perth, Australia.- Harian Metro

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply