Misha Omar sah isteri Firos

0
Pasangan ini mengharapkan peminat mendoakan kebahagiaan mereka kekal hingga ke akhir hayat

Pasangan ini mengharapkan peminat mendoakan kebahagiaan mereka kekal hingga ke akhir hayat

BERLANGSUNG di Hotel Renaissance, Kota Bahru, pagi ini dengan hanya sekali lafaz Misha Omar sah menjadi isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly.

Akad nikah itu disempurnakan abang Misha, Mohd Rose Omar dan bersaksikan Imam Mukim Chempaka, Ahmad Kamil Mat.

Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar, menerima mas kahwin seutas gelang emas dan tiada wang hantaran disediakan daripada pengantin lelaki.

Majlis bersejarah dalam hidup penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta ini turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Seri pangantin baru

Seri pangantin baru

Majlis persandingan diadakan pada malam Jumaat (malam ini) di hotel sama untuk keluarga perempuan, manakala pihak lelaki memilih 12 Mei 2014 untuk majlis resepsi bertempat di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Kredit foto: Wearethejoezakaria

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Berusia 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply