Misi menjejaki MH370 diteruskan

0

mh370-1

MELEPASI 60 jam, usaha menjejaki pesawat MH370 masih terus dipergiatkan. Beberapa negara seperti Vietnam, Filipina, Amerika Syarikat, Singapura dan China turut menghantar bantuan untuk menyertai usaha mencari.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menegaskan bahawa pencarian MH370 menjadi fokus utama dan mendahului isu lain.

Menurutnya, isu keselamatan MAS atau isu pasport palsu bukanlah fokus utama pihak MAS buat masa kini.

“Kami masih menumpukan perhatian ke atas misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, itu fokus utama kami, jangan buat sebarang spekulasi. Buat masa ini, pihak kami telah menerima bantuan dari negara luar seperti Indonesia, USA, Australia, Vietnam, China, Thailand dan Singapura,” katanya.

Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hilang daripada radar selepas berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi.

Pesawat itu dijadualkan mendarat pada 6.30 keesokan paginya di Lapangan Terbang Beijing namun pesawat tersebut tidak mendarat dan gagal dikesan.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply