Misi & perjuangan Spider-Man 2

0

spidermancover

PERJUANGAN dan tanggung jawab Peter Parker (Andrew Garfield) sebagai Spider-Man memang tiada hentinya. Menerusi The Amazing Spider-Man 2: Rise of Electro, Perter Parker menghadapi konflik besar dalam hidupnya.

Kehidupan kini Peter semakin sibuk untuk menepis sangkaan Spider-Man sebagai lelaki jahat. Peter juga tidak pernah lupa janjinya kepada ayah Gwen untuk melindungi Gwen dengan menjauhkan diri namun dia tidak boleh memenuhi janji tersebut. Keadaan berubah untuk Peter setelah penjahat, Electro (Jamie Foxx).

Kemunculan Elektro menyebabkan Peter harus menyelamatkan warga New York yang diambang kehancuran. Kekuatan Elektro yang sangat besar dengan tenaganya membuat Peter hampir tewas saat menghadapinya.

Pada masa sama, kawan lamanya, Harry Osborn (Dane DeHaan) kembali dengan dendamnya. Peter cuba membongkar petunjuk mengenai masa silamnya.

Spider-Man juga menghadapi pilihan sukar dalam hidupnya apabila dia harus membuat pilihan menyelamatkan orang ramai atau menyelamatkan nyawa kekasih Gwen (Emma Stone).

Apakah Peter mampu menghadapi situasi sukar ini? Filem produksi Sony dan Colombia ini juga menyajikan dengan format 3D dan teater IMAX yang pasti memberi kepuasan kepada penonton khususnya peminat Spider Man.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0
68% Awesome
  • Aksi 70 %
  • Muzik 70 %
  • Barisan pelakon 60 %
  • Sinematografi 70 %

About Author

editorial

Leave A Reply