Motivasi dan inspirasi

0
Fazura dan Rozita Che Wan (Che Ta), memang cantik bergaya. Tak hairan apabila dua selebriti ini menjadi idola ramai wanita.

Fazura dan Rozita Che Wan (Che Ta), memang cantik bergaya. Tak hairan apabila dua selebriti ini menjadi idola ramai wanita.

“CUBA tengok perempuan ni, dari 86kg boleh turun sampai 55 kg dalam masa tiga bulan. Perghhh, hebat betul. Harap-harap, menjadilah plan diet I ni.”

” Kita ni asyik try macam-macam diet tapi haram berkesan! I nak langsing dan anggun macam Fazura, bergetah macam Che Ta. Umur 40-an , tapi body macam anak dara. Dengki betul!”

Dari dalam bilik, saya terdengar perbualan dua anak buah saya itu. Merry* dan Hanim* (* bukan nama sebenar) memang jarang sekali keluar makan tengah hari, alasannya  waktu sarapan sudah jamah makanan berat. Kata mereka, itu salah satu cara berdiet yang paling mudah. Tetap makan tetapi diet! Argh…Macam-macam gaya ye. Saya ‘teruja’ mahu tengok hasilnya…he…he..he!

Ok, sebenarnya saya nak bersembang fasal motivasi dan inspirasi. Dua kata ‘azimat’ yang sering kita gunakan untuk mencapai keinginan atau semangat yang  mendorong kita untuk berusaha dan melakukan sesuatu hingga berjaya. Sama halnya seperti kisah anak buah saya tadi, melihat wanita yang mampu menurunkan berat badan dengan jayanya menyuntik motivasi dalam diri mereka untuk melakukan hal sama.  Harapannya, berbuah hasil sama. Manakala kecantikan serta keanggunan Fazura dan Che Ta cukup menginspirasi mereka.

Anda pula macam mana? Sejauh mana sesuatu itu mampu memotivasi dan menginspirasi diri anda dalam merealisasikan impian di hati? Sejauh mana dua ‘azimat’ ini mampu membuat anda bertahan dan terus berusaha hingga ke garisan penamat? Secara peribadinya, saya menyifatkan siapa dan apa-apa pun sumber motivasi dan inspirasi anda, direction, usaha dan istiqomah itu perlu bersatu sebaik mungkin. Insya-Allah, keinginan dan impian anda pasti dapat digenggam. Paling penting jangan mudah patah semangat atau sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Misalnya, kalau mahu cantik bergaya seperti Fazura, atau langsing bergetah seperti Che Ta. Mestilah ada matlamat dan usaha ke arah itu. Cari informasi secukupnya, bertindak dengan cara betul dan harus dilakukan secara berterusan. Tak mustahil, anda mampu tampil seperti wanita idola anda itu.

Hal sama juga dilakukan dalam mencapai apa-apa sahaja keinginan anda. Mahu berjaya dalam pelajaran, kerjaya ataupun hubungan kekeluarga, harus ada matlamat yang jelas. Usaha yang berterusan dan semangat membara dalam diri. Kalau sekadar hangat-hangat tahi ayam, maka jadilah seperti Mat Jenin. Tak sudah-sudah berangan-angan, tetapi tiada hasil. Jadinya, ke laut dalamlah segala impian di hati!

nota3Oklah, macam biasa sebelum menutup kata-kata. Saya tinggalkan anda dengan mutiara kata daripada Will Rogers,  “Even if you’re on the right track, you’ll get run over if you just sit there.”

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Editor in Chief

18 tahun pengalaman dalam bidang penulisan, kewartawanan dan penerbitan bukan untuk dibanggakan. Sebaliknya, setiap waktu belajar perkara baru. Mengutip sebanyak mungkin pengalaman dalam perjalanan hidup, belajar daripada kesilapan kerana itulah 'guru' dan 'penasihat' paling telus.

Leave A Reply