Nafas seni gaya Sandra Azwan

0
“The world is full of them. If you’ve got a point of view, you’ve got a bit of a chance.”

“The world is full of them. If you’ve got a point of view, you’ve got a bit of a chance.”

BAKAT, idea, ketelitian dan semangat jitu pereka muda ini dalam menghasilkan setiap rekaannya tidak harus dipandang remeh. Gemar bereksperimen dengan gaya, dia cuba lari daripada kebiasaan dalam setiap rekaan yang dihasilkan. Hadir dengan rekaan, konsep dan gaya tersendiri seperti fashion forward, moden, futuristik, feminin, elegan dan sofistikated mewarnai setiap helaian daripada jenamanya.

Kini, pada usia 28 tahun, langkahnya di pentas fesyen tanah air cukup menyakinkan malah jenama Sandra Azwan semakin menyerlah sekali gus menjadi perhatian peminat fesyen. Bagi graduan kelahiran Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM) ini, dia sedar tiada jalan pintas untuk merai kejayaan. Justeru, menjadi seorang yang jangan mudah patah semangat dan berani mencuba menjadi motivasi diri sekali gus pegangannya dalam menggapai impian.

Kongsikan serba sedikit latar belakang anda dalam bidang fesyen?
Saya memulakan pengajian awal  diperingkat Diploma pada tahun 2005 di UiTM Sri Iskandar, Perak dalam bidang Art & Design (Fashion Design) dan seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah pada tahun 2008 di UiTM Shah Alam dalam bidang sama.

Saya membabitkan secara serius dalam bidang ini selepas menamatkan pengajian diperingkat Ijazah pada tahun 2010. Sebelumnya, saya banyak melibatkan diri sebagai freelance fashion stylist untuk beberapa program TV dan untuk majlis korporat.

Adakah anda mempunyai identiti rekaan sendiri atau bergantung pada permintaan?
Saya sentiasa mencari idea  baru dan segar dalam berkarya kerana ini mencerminkan kekuatan serta kualiti sesuatu rekaan yang dipersembahkan.  Saya cuba lari daripada kebiasaan, semuanya dapat dilihat dari segi pemilihan fabrik, potongan rekaan dan cara sesuatu rekaan itu dihasilkan.

Bagi saya, ini perkara terpenting yang  diambil kira supaya hasil rekaan itu dapat meninggalkan impak tersendiri. Saya juga berpendapat, setiap rekaan yang saya hasilkan seharusnya mencerminkan personaliti si pemakai dan seterusnya menjadikannya unik, elegan dan eksklusif.

Ikon fesyen yang menjadi sumber inspirasi anda?
Saya sangat meminati Tilda Swinton, dengan gayanya yang unik dan tersendiri, dia memang seorang pelakon wanita yang sangat hebat.

Sumber rujukan anda ketika berkarya?
Majalah fesyen antarabangsa  dari tahun 90an, buku seni bina(Architecture),  buku  ‘pattern construction  & pattern cutting’ dan blog fesyen antarabangsa.

Impian dalam bidang ini?
Apa yang saya lakukan ini semuanya atas minat dan dorongan daripada pelbagai pihak. Saya mahu membuktikan, saya mampu memberi yang terbaik sepanjang menjadi pereka fesyen dan akan terus memperjuangkan hasil seni saya. Saya mahu terus berjaya dan berjaya!

Pencapaian anda sepanjang pembabitan dalam bidang ini?
Pencapaian terbaik setakat ini, saya adalah salah seorang MIFA8 (Malaysia International Fashion Awards 2007), Koleksi  Tahun Akhir saya sempena Graduate Fashion Show 2010, berjaya meraih anugerah ‘Best Collection 2010’ seterusnya, melalui koleksi terbaru saya di Malaysia International Fashion Week 2011, saya berjaya merangkul anugerah ‘ Most Promising Designer’ daripada BDA (Bumiputra Designers Association) pada malam gala BDA, MIFW 2011.

Harapan anda sebagai pereka pelapis?
Menjadi pereka fesyen memerlukan pengorbanan besar dan ini bukan satu tugas mudah. Secara peribadi, saya sedar masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan berharap impian saya dalam bidang ini akan tercapai.

Saya juga berpendapat, kemahiran dan cara berfikir yang membezakan hasil karya kita dengan pereka lain. Minat saja tidak cukup, sebaliknya memerlukan kuasa dalaman untuk terus bergiat aktif. Nobody needs another writer, photographer, designer. The world is full of them.  If you’ve got a point of view, you’ve  got a bit of a chance. Jujur saya katakan, saya ingin sekali mengharumkan nama Malaysia di persada arena fesyen antarabangsa.

Selebriti / personaliti mana pilihan anda jika diberi peluang menghasilkan rekaan istimewa?
I’m in love with Tilda Swinton dan Emma Watson!

Sepanjang pembabitan anda, apakah pengalaman yang sukar dilupakan dan menjadi motivasi anda hingga kini?
Pengalaman paling bermakna dan sukar saya lupakan iaitu ketika berjaya menjadi salah seorang peserta akhir MIFA8 (Malaysia International Fashion Awards 2007). Sebagai ‘orang baru’ di dalam industri fesyen, itulah langkah awal saya untuk melebarkan sayap, dengan menyertai pertandingan ini, peluang untuk lebih dikenali lebih cerah.

Dalam pertandingan itu, setiap peserta perlu menghasilkan 10 rekaan berdasarkan inspirasi masing-masing. Walaupun saya tidak berjaya merangkul sebarang anugerah, tetapi saya percaya dengan kebolehan yang ada. Jadi, kekalahan itu sedikit pun tidak mematahkan semangat saya untuk terus maju.

Melalui pertandingan itu, secara tidak langsung telah membuka mata saya. Secara peribadi, saya menyifatkan kerjaya sebagai pereka fesyen bukannya mudah kerana perjalanannya perlu bermula dari bawah bagi menggilap kemampuan diri sebelum meletakkan sasaran yang ingin dicapai sebagai fokus utama.

Kejayaan tidak datang sekelip mata, jadi jangan mudah mengalah dengan  kata-kata atau kritikan tidak membina. Sebaliknya, jadikanlah setiap kelemahan atau kegagalan hari ini sebagai pembakar semangat pada masa hadapan.

* Menerusi blog peribadinya (http://bysandraazwan.blogspot.com) dan akuan Instagram/sandraazwan, pereka fesyen tempatan yang mula mencipta nama ini banyak berkongsi perkembangan terkini mengenai diri dan kerjayanya.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply