Neelofa mahu berhijab selama-lamanya

0
Neelofa akan istiqomah dan berharap semua orang mendoakan yang terbaik untuknya.

Neelofa akan istiqomah dan berharap semua orang mendoakan yang terbaik untuknya.

BERKAT Ramadan yang penuh kemuliaan, telah berjaya membuka hati pelakon, Neelofa Mohd Noor, 25, untuk bertudung sepenuhnya. Pengacara rancangan Nona itu mengesahkan dia telah berhijab sejak awal Ramadan lalu dan langkah itu adalah satu perubahan positif buat dirinya.

Terdahulu, adiknya, Ameera, memuat naik foto Neelofa bertudung di Instagram miliknya dengan kapsyen rasa bersyukur dengan perubahan yang dilakukan kakaknya itu terutama pada bulan Ramadan. Perkara itu disahkan Neelofa melalui program Meletop saluran Astro Ria malam tadi.

“Insya-ALLAH saya akan berhijab untuk selama-lamanya. Saya akan istiqomah dan berharap semua orang doakan yang terbaik untuk saya, ” katanya.

Menerusi laman sosial Instagramnya, Neelofa atau mesra dengan sapaan Lofa, turut meluahkan rasa syukur, gembira dan terharu dengan reaksi positif masyarakat pada perubahan penampilan dirinya. Dia juga berharap, pengikutnya akan terus mendoakan agar dia kuat semangat dan istiqomah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Lofa4Alhamdulillah Thank you very much for everything.. for all your duaa, and positive responses as well as for all the acceptance of me embracing this new chapter of my life with open hearts. Since yesterday I’ve been receiving phone calls and Whatsapp messages non stop and not forgetting thousands of comments from all of you.

Im very sorry i didnt get to reply every single comments, and msgs but you guys had me in tears while reading all your beautiful comments. All i hope is a continuation of duaa from all of you for me to stay strong and istiqamah in bringing myself closer and closer to HIM insyaAllah. May this new beginning inspire many souls out there to be a better muslim from time to time.Thank you mama and daddy, family, friends, media and of course my fans 🙂 have a blissful Ramadan Have a blessed and meaningful Ramadan my friends.

Alhamdulillah, sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat Neelofa. Khabarnya, ada beberapa orang lagi artis terkenal dalam proses berhijrah. Siapa agaknya, ye?

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply