Nikmati makanan lazat & kurang kalori

0

Group-shotTuala

MALAYSIA antara syurga makanan dan tidak hairanlah rakyat Malaysia gemar meluangkan banyak masa menikmati makanan. Bagaimanapun, kita sedia maklum banyak makanan kegemaran kita kurang sihat kerana penggunaan minyak berlebihan ketika penyediaannya. Misalnya, ayam goreng dan pisang goreng yang menggunakan banyak minyak ketika memasak supaya garing dan masak sekata.

Alangkah bagusnya jika dapat menikmati sajian yang kurang berkalori. Jenama barangan harian, Scott® mengambil langkah untuk membantu rakyat Malaysia menjaga keluarga mereka dengan cara yang mudah dan berkesan menerusi Scott® Calorie Light.

Tuala dapur baharu ini direka khas untuk penyerapan minyak terbaik bagi bagi membantu rakyat Malaysia menikmati makanan kegemaran dengan kurang kalori. Tuala Scott® Calorie Light premium bukan sahaja menyerap minyak secara berkesan pada permukaan dapur yang melekit, juga dari makanan. Jadi, pengguna boleh menikmati makanan lazat yang kurang kalori dengan cara yang mudah.

Tuala dapur ini diuji sebuah badan bebas dan terbukti mengurangkan pengambilan kalori daripada lemak sebanyak purata 25%* hanya dengan menggunakan tiga helai tuala Scott® Calorie Light untuk menyerap lebihan minyak dari makanan seperti ayam goreng sebelum dihidangkan.

Diperbuat dengan teknologi Fiber-Tech terkini dan 100 peratus serat asli, lebih tebal untuk membantu penyerapan minyak terbaik. Tuala ini juga disenduh dengan ekstrak teh hijau, satu  ramuan yang dikenali ramai dan digunakan untuk pengurangan lemak.

Chef Selebriti terkenal,  Florence Tan dalam sesi demo memasaknya baru-baru ini memberitahu, dia antara pengguna setia tuala dapur Scott® dan puas hati sepanjang menggunakannya.

Chef Florence  menunjukkan cara menggunakan Scott® Calorie Light dalam penyediaan resepi ayam goreng yang direka khas sempena pelancaran tuala dapur baharu itu.

Chef Florence menunjukkan cara menggunakan Scott® Calorie Light dalam penyediaan resepi ayam goreng yang direka khas sempena pelancaran tuala dapur baharu itu.

“Saya menggunakanya dalam  pelbagai cara, sama ada sewaktu menyediakan makanan atau membersihkan dapur. Saya gembira dengan produk yang direka khusus untuk menyerap lebihan minyak supaya kita dapat menikmati makanan enak yang kurang kalori serta berkesan membersih permukaan yang berminyak,” ujar Chef Florence yang turut menunjukkan cara penggunaan Scott® Calorie Light dalam penyediaan resepi ayam goreng yang direka khas sempena pelancaran tuala dapur baharu.

Tuala Scott® Calorie Light premium baharu boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya besar, pasar mini dan kedai terpilih di seluruh negara pada harga runcit RM6.20 untuk dua gulung dan RM14.90 untuk pek enam gulung (Semenanjung Malaysia). Manakala di Sabah dan Sarawak RM6.80 untuk dua gulung serta RM16.40 untuk pek enam gulung.

Rakyat Malaysia turut dijemput melihat sendiri kuasa penyerapan tuala Scott® Calorie Light premium di lokasi berikut – Aeon Bandar Utama (14 – 15 Jun 2014), Mydin USJ (20 – 22 Jun 2014), dan Pusat Membeli-belah Aeon Mid Valley  (27 – 29 Jun 2014).

Maklumat lanjut mengenai tuala Scott® Calorie Light premium, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply