Nora Danish duta baru Safi Rania Gold

0
"Kembara cantik saya telah menemukan saya dengan rangkaian produk anti penuaan berkualiti, berpatutan dan semestinya halal.

“Kembara cantik saya telah bertemu dengan rangkaian produk anti penuaan berkualiti, berpatutan dan semestinya halal.

KECANTIKAN dan aura yang dimiliki memberi kelebihan pelakon kecil molek ini diangkat sebagai duta generasi ke-3  produk kecantikan Safi Rania Gold. Sinonim dengan imej produk yang moden tetapi masih mengekalkan kelembutan serta keayuan wanita, pesona dan keyakinan, pelakon dan ibu ini pasti menjadi inspirasi wanita seusianya.

Pemilihan Nora sebagai teraju utama jenama ini dilihat menepati pakej yang dimilik, walaupun sibuk mengukir nama dalam kerjaya, namun masih menitik beratkan penampilan diri.

“Ini adalah sebuah penghargaan bagi saya kerana dipilih untuk menjadi teraju kepada jenama produk penjagaan wajah yang melengkapkan impian kecantikan setiap wanita Malaysia. Kembara cantik saya telah menemukan saya dengan sebuah rangkaian produk anti penuaan berkualiti, berpatutan dan semestinya halal.

Bagi saya, kulit yang bermaya adalah sumber keyakinan buat wanita. Semakin kita matang, keanjalan serta keremajaan kulit semakin berkurangan. Jadi, penjagaan kecantikan ini haruslah bermula dari usia muda. Safi Rania Gold bukan saja sesuai untuk digunakan wanita yang akan memasuki usia 40-an, tetapi boleh juga diamalkan wanita 20-an sebagai penjagaan awal memulihara wajah daripada kesan kedutan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis mengumumkan pelantikannya sebagai duta baru safi Rania Gold, di Hotel Royal Chulan, Damansara, 11 November 2014.

Rangkaian produk anti penuaan Safi Rania Gold yang diperkaya dengan manfaat Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera

Rangkaian produk anti penuaan Safi Rania Gold yang diperkaya dengan manfaat Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera

Nora berkata, hanya dalam masa tiga minggu dia dapat merasa perubahan pada raut wajahnya. Perubahan ketara adalah kulit lebih anjal, kelihatan bermaya, cerah sekali gus memperlihatkan raut wajah remaja, serta kelembapan kulit.”

“Safi Rania Gold amat istimewa kerana memahami keperluan kulit wanita seusia saya dengan seleksi produk lengkap. Setiap satunya mempunyai manfaat tambahan yang merawat masalah penuaan secara khusus. Setiap satunya menjanjikan pengalaman kecantikan emas yang unik.”

Rangkaian kekal awet muda
Dewasa ini, wanita terdedah pada masalah penuaan pada usia yang muda lanjutan faktor biologi dan persekitaran. Justeru, mulakan dari awal.

Nora-safi1

“Safi Rania Gold amat istimewa buat saya kerana memahami keperluan kulit wanita seusia saya dengan seleksi produk lengkap.”

Perkasakan rejim antipenuaan anda seawal usia 26 tahun bersama rangkaian produk anti penuaan Safi Rania Gold yang diperkaya dengan manfaat Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera.

Kombinasi hebat kedua-dua bahan aktif ini amat penting dalam menggalakkan penghasilan kolagen I dan Kolagen III agar kulit lebih anjal, malah mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara. Protein sutera juga diperkaya dengan 18 jenis asid amino yang membentuk lapisan perlindungan kulit serta merupakan ejen anti oksidan yang hebat.

Formulasi unik rangkaian  ini meresap ke dalam lapisan dermis kulit untuk merangsang proses sintesis kolagen, mengunci lembapan pada bahagian paling dasar kulit sekaligus menyegarkan  dan menganjalkan sel kulit.

Dilancarkan pada tahun 2009, Safi Rania Gold dipasarkan sebagai produk anti penuaan kontemporari seiring kehendak syarak buat  pengguna. Generasi terbaru Safi Rania Gold hadir hebat dengan 12 seleksi produk lengkap rejim kecantikan antipenuaan wanita. Manfaat khusus di dalam setiap variasi produk diformulasi khusus untuk menangani masalah penuaan.

Ayuh mulakan dariawal, abadikan kejelitaan  bersama Safi Rania Gold! Perhebat pesona diri anda dengan raut wajah remaja dan cerah.  Maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI RANIA GOLD sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Gadis, 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply