Nurul kembali serikan pentas nyanyian

0
Dee Jangan Ketawa sebagai host pada acara istimewa itu.

Dee Jangan Ketawa sebagai host pada acara istimewa itu.

SELEPAS melahirkan anak ketiga, Nurul kini bersedia untuk kembali memeriahkan industri muzik tanah air, malah lebih bersemangat. Apatah lagi setelah 20 tahun usia perjalanan kariernya, penghargaan istimewa kepada peminat yang sentiasa menyokong dirinya. Justeru, terhasilnya “Nurul Celebrates Mother’s Day” yang akan diadakan di Singapura.

“Saya memilih Singapura kerana rindu mahu membuat persembahan di hadapan peminat di sana. Ramai peminat yang bertanya, bila mahu datang ke Singapura? Jadi, saya membuat perancangan untuk menyambut Hari Ibu bersama mereka di sana. Saya akan hiburkan mereka satu jam dengan himpunan lagu-lagu yang sesuai,” kata Nurul, ketika ditemui pada majlis sidang media mengumumkan acara itu.

Walaupun meraikan Hari Ibu di Singapura, tetapi Nurul tidak melupakan peminat di tanahair mahupun Brunei. Bagi peminat yang mahu turut serta, ada pakej istimewa buat mereka yang ingin meraikan Hari Ibu di Kota Singa ataupun bercuti bersama keluarga.

“Saya berterima kasih kepada IGNS Holidays kerana sudi bekerjasama dengan saya untuk menjayakan acara ini. IGNS telah menyediakan pakej istimewa ini. Pakej 3 hari 2 malam yang ditawarkan amat berbaloi kerana dapat meraikan Hari Ibu dan juga bersiar-siar bersama saya.

Saya memilih Royal Plaza On Scotts, Singapura kerana hotel bertaraf lima bintang itu menyediakan makanan halal. Sayal mahukan mereka yang hadir berasa selesa dan merasai kenikmatan kemudahan yang disediakan hotel itu. Selain kehadiran Dee Jangan Ketawa sebagai host pada petang itu nanti, pastinya meninggalkan memori indah bagi peminat yang meraikan Hari Ibu bersama saya,” ,” ujar Nurul, yang kembali tampil anggun selepas melahirkan Zachary Depp.

Selepas dua tahun berdiam diri kerana sibuk menguruskan rumah tangga, inilah masanya buat peminat setia Nurul Wahab Depp melepaskan rindu dengan dibuai lagu dendangannya, selain keramahan Nurul yang pasti sentiasa melekat di hati peminat. melupakan bidang nyanyian.

Info  pembelian tiket :
SINGAPURA
HARGA PERMULAAN – $SGD120 (Harga asal $SGD150)
Hubungi 017 – 935 3909 (Ina Mohd) atau emel:- nurulwahab77@gmail.com

MALAYSIA, BRUNEI DAN INDONESIA
Hubungi IGNS Holidays di talian 017-2525 684

 

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply