Nurul mahu ‘pasang badan’

0
Keluarga bahagia Nurul.

Keluarga bahagia Nurul.

SELEPAS selamat melahirkan anak keduanya, Nurul Wahab atau kini lebih dikenali dengan Nurul Depp mengakui berusaha baik mungkin untuk mendapatkan bentuk dan berat badan asal. Bagi penyanyi yang popular dengan lagu, Kerana Terluka ini, sebagai wanita dan selebriti, tentunya penampilan selepas bersalin sangat penting dan harus dititik beratkan. Justeru, dia kini giat melakukan proses ‘pasang badan’.

“Memang saya jaga habis. Kena betul-betul sembuh dan tak sabar nak back to the gym.  Sekarang ni saya berusaha sebaik mungkin  jaga makan dan ada confinement lady yang datang urut, selain jaga keperluan saya sewaktu dalam pantang. Hish… Memang tak sabar nak kurus balik. Sudah dua tahun turut-turut badan gempal!” kata Nurul ketika dihubungi baru-baru ini.

Walaupun agak kecewa kerana tidak dapat melahirkan Raphael secara normal, tetapi Nurul bersyukur semuanya selama dan dipermudahkan.

Walaupun agak kecewa kerana tidak dapat melahirkan Raphael secara normal, tetapi Nurul bersyukur semuanya selama dan dipermudahkan.

Kecewa tetapi akur
Pada petang 15 Januari 2015 lalu, Nurul selamat melahirkan bayi lelaki hasil perkongsian hidupnya dengan Eric Daniel Depp dan diberi nama Raphael Depp. Bayi comel seberat 2.48 kilogram itu itu dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, jam 4.43 petang dan ini kali pertama dia melahirkan anak secara pembedahan.

Bercerita mengenai pengalaman melahirkan secara pembedahan, Nurul berkata, pengalaman sangat mendebarkan kerana dia takut dengan pembedahan.

“Waktu itu hanya mampu serah diri sajalah untuk dibedah. Awalnya, doktor kata, Placenta Previa yang saya alami, sudah sampai ke type ketiga. Biasalah, baby semakin membesar, sudah pasti juga urinya. Jadi, tak boleh ditunggu lagi. Bimbang akan ada komplikasi pendarahan yang teruk sehingga boleh membahayakan saya juga baby.

Kebetulan, selepas dibuat pengimbasan, baby sudah mencapai berat 2.2 kilogram. Doktor kata, sudah boleh dilahirkan. Saya memang tak boleh melahirkannya secara normal kerana uri terlalu menutupi bahagian cervix – laluan kepala bayi.Jadi, saya pasrah dan redha. Asalkan saya dan baby selamat.

Kuat juga saya beristiqfar dan mengucap! Drama sangat! Takut punya pasal, padahal ramai yang selamat selepas pembedahan. Cuma yang saya risau, keadaan yang saya alami boleh membuatkan pendarahan banyak dan membahayakan.

Eric masuk ke dalam bilik bedah dan doktor hanya mula melakukan pembedahan selepas dia ada. Saya genggam erat tangan Eric. Dia melihat dari awal pembedahan, semuanya sampai selesai. Suami saya memang berani sikit. Saya beritahu dia, dia bertuah kerana dapat melihat dua kelahiran berbeza. Satunya secara normal dan kedua secara pembedahan.

Tepat jam 4:43 petang, tangisan pertama Raphael kedengaran memecah ruang bilik bedah. Alhamdulillah, tangisannya seperti bayi cukup bulan. Dia diletakkan di dalam inkubator hingga dia benar-benar bernafas sendiri dengan baiknya. Saya pula, selepas selesai semuanya, diawasi di ruang observation 30 minit kerana kehilangan darah yang agak banyak. Itu memang sudah doktor jangkakan. Alhamdulillah, semua dipermudahkan-Nya.”

nurul2

Cahaya mata yang membahagiakan rumah tangga Nurul.

Tumpu kerjaya
Walaupun semakin sibuk menguruskan anak dan rumah tangga, namun Nurul tidak sekali-kali mengabaikan kerjaya seninya. Sebaliknya, tahun ini dia merancang mengadakan mini konsert khas bersempena 20 tahun pembabitannya dalam dunia seni.

“Sekarang ada dua anak kecil dalam jagaan, abangnya pun tengah lasak. Ini satu cabaran buat saya, tetapi Alhamdulillah suami juga turut sama menjalankan tanggungjawab menjaga anak anak.

Insya-Allah ada maid yang akan membantu. Kali ni kena ada pembantu. Kalau tak, memang semuanya keciciran. Kerjaya fokus utama tahun ini. Insya-Allah, akan ada showcase. Sekarang dalam perancangan dan mencari sponsor untuk event tu. Sebelum itu, sekarang sibuk buat persiapan untuk mother’s day show di Singapura.

Pada masa sama kena buat lagu baru. Alhamdulillah, sudah ada rekod label yang setuju untuk bekerjasama. Cuma menunggu saya habis pantang, setakat ni semuanya berjalan lancar. I’m all set to start work, tak sabar nak ada lagu baru dan ada syarikat rakaman.

Saya tak mahu buat single atau album sendiri. Merugikan dan penat! Tak terkejar nak buat promosi untuk radio dan media. Biarlah buat melalui saluran yang betul iaitu ada syarikat rakaman, mereka lebih arif,” ujar Nurul, bercerita mengenai perancangan kerjaya seninya tahun ini.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply