Oki Setiana Dewi semakin bahagia

0

oki

SEJAK mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, kebahagiaan dan keceriaan semakin terpancar jelas di wajah manis milik pelakon Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi. Menerusi laman facebooknya, Oki turut berkongsi momen indah bersama suami tercinta, Ory Vitrio.

“Dan di antara ayat-ayat-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa nyaman kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu mawadah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”[Ar-Rum 21] …merangkai sakinah mawadah warahmah dengan ketaatan kepadaNya, insyaallah.. ^^

Sementara itu, dalam satu temubual dengan media Indonesia, Oki mengakui, selepas berkahwin ada sedikit perbezaan tanggung jawab yang dirasakannya. Bagaimanapun, dia bersedia dengan tanggung jawab yang lebih besar sebagai seorang isteri dan suri rumah. Salah satu yang paling dirasakannya, sejak menjadi isteri harus memasak untuk suami.

“Paling kentara, setiap hari saya harus masak kerana sedih membiarkan dia  belum makan. Hal-hal yang awalnya tidak saya lakukan sekarang harus mengurus suami. Sekarang waktunya terbahagi.”

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply