Thursday, Sep 20, 2018
HomeDi PasaranOral-B Bantu Jaga Kebersihan Mulut

Oral-B Bantu Jaga Kebersihan Mulut

JENAMA yang disyorkan doktor gigi seluruh dunia, Oral-B mempunyai portfolio produk penjagaan gigi sempurna.  Oral-B membantu memberi penjagaan mulut sempurna sekali gus mendapat senyuman menyakinkan.

Advertisements

Langkah pertama untuk mendapatkan kesihatan mulut sempurna dengan mengatasi masalah menanggalkan plak. Tidak seperti berus gigi lain, berus Oral-B Pro-Health Clinical Pro-Flex yang fleksibel untuk membersihkan kawasan plak sering terkumpul.

Inovasi ini menanggalkan sehingga 93% plak di kawasan yang sukar dicapai (dengan penggunaan kerap).  Dijual pada hargam RM14.70.

Oral-B Glide Pro-Health Floss memiliki teknologi unik untuk pembersihan sempurna. Memberi rasa dingin dan bersih setiap kali membersihkan celah-celah gigi. Selain kuat dan tahan carikan dengan lapisan lilin semula jadi untuk cengkaman yang baik.

Oral-B Pro-Health Tooh & Gum care Mouth Rinse mempunyai tindakan 2 dalam 1 untuk melawan kaviti dan menyegarkan bau mulut.

Bebas alkohol dan sesuai untuk semua golongan terutamanya yang memiliki gigi dan gusi sensitif.

Oral-B Pro-Health Rinse mengandungi flourida untuk melawan kaviti secara lebih efektif berbanding dengan hanya memberus.

Selain mengandungi Cetyl-pyridinium Chloride, bahan yang terbukti secara klinikal untuk mengurangkan pembentukan plak. Dijual pada hargam RM19.90.

 

 

comments

Oral-B lancar kempen
Makanan Lazat Dan Be

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja