Oral-B lancar kempen kesihatan mulut

0

MEMILIKI keyakinan pada kebersihan mulut penting supaya dapat berhubung antara satu sama lain dengan lebih baik untuk kualiti kehidupan yang lebih sempurna.

Mulut yang sihat berkait rapat dengan tubuh sihat. Justeru, pakar penjagaan mulut Oral-B  melancarkan kempen “Rethink Your Mouth” bagi meningkatkan kesedaran penjagaan mulut sempurna dengan memberus gigi, membersihkan celah-celah gigi (flos) dan membilas dengan betul agar dapat meningkatkan kualiti hidup serta senyuman yang menarik dan meyakinkan.

Bertempat di pusat beli-belah One Utama, 20 Mac 2014, pelancaran kempen disempurnakan Pengarah Jualan P&G Malaysia, Jenny Chew dengan sokongan Guardian-GCH Retail Malaysia.

“Memandangkan tahap penjagaan mulut yang rendah dikalangan masyarakat Malaysia secara umumnya, yakni kurangnya amalan penjagaan mulut yang sempurna. Separuh daripada populasi negara mengalami masalah kesihatan mulut dan ini mempengaruhi mereka secara emosi apabila hampir 80% mengaku kurang yakin untuk membabit diri dengan orang lain kerana kesihatan mulut mereka,” kata Jenny Chew.

oralB

Aktres popular dan duta Oral-B Lisa Surihani, serta pakar bedah pergigian yang juga angkasawan negara Dr.Faiz Khaleed turut hadir pada majlis tersebut untuk membincangkan penjagaan rapi mulut dan gigi setiap hari.

Bersempena dengan kempen ini,  Oral-B  melancarkan aplikasi Facebook . ‘Like’ dan kongsi aplikasi Facebook ini untuk menyebarkan mesej betapa pentingnya kesihatan mulut yang memerlukan perlindungan terbaik melalui kaedah Berus, Flos dan Bilas!

oralB2

Sementara itu, Dr.Faiz menegaskan, mulut memerlukan penjagaan terbaik dan penjagaan mulut yang sempurna tidak harus diabaikan.

“Menjaga kebersihan mulut sangat penting kerana plak adalah punca utama masalah mulut seperti bau busuk, pereputan gigi dan penyakit gusi. Menggunakan berus gigi serta kaedah yang betul cara termudah untuk memastikan plak dapat ditanggalkan setiap hari.” kata Dr.Faiz. – Teks: Azni Lee Abdullah

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply