Pak Cik Jamal ‘Mini Parlimen’ meninggal dunia

0
Gambar: Astro Awani

Gambar: Astro Awani

PUTRAJAYA: Personaliti televisyen veteran, Jamal Muhamad atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya. Jamal, 75, meninggalkan seorang isteri Zainab Serat, 67, dan tiga orang anak.

Pak Cik Jamal sebelum ini dilaporkan beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami komplikasi jantung dan paru-paru serta sakit tulang belakang. Jamal turut mengalami masalah pernafasan yang didakwa berpunca daripada penyakit ankylosing spondylitis yang dihidapi kira-kira 14 tahun lalu yang menyebabkan tulang belakangnya membengkok hingga mengganggu paru-paru.

Allahyarham ialah personaliti televisyen veteran popular dengan watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM di era 80-an.

Anaknya, Sheila berkata, jenazah bapanya akan dibawa ke Masjid Jameatussolehah di pekan Dengkil untuk urusan pengebumian.

Sumber berita: Astro Awani

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply