‘Panasnya’ Abby Abady, Nabila Huda & Rita Rudaini

0

SEBULAN dua ni Miss Pink rasa panas betul ‘dunia’ hiburan tempatan kita dengan pelbagai gosip dan kontroversi. Bermula dengan kisah penceraian Abby Abadi dengan bekas suaminya, Farhan. Berita itu benar-benar mengejutkan, apatah lagi perkahwinan mereka tidak sampai pun setahun. Lebih menghangatkan apabila Farhan membuat pengakuan di media bahawa Abby mencederakan dirinya. Siap dengan bukti bergambar danvlaporan polis. Huh! Memang hotlah!

Masuk pula cerita Nabila Huda (Abil) yang dimaki ayahnya sendiri, lagenda rock, Amy Search, di laman sosial gara-gara gambarnya bercuti di luar negara bersama teman lelakinya. Sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan peminat masing-masing. Umum pun tahu, hubungan Nabila dan ayahnya sebelum ini memang dingin. Jadi, tindakan Amy dan reaksi Nabila dalam menangani keadaan itu dilihat mengeruhkan lagi keadaan.

Tuntutan Rita Rudaini terhadap bekas suaminya, Aidil Zakuan masih berterusan hingga mencetuskan pelbagai cerita di media massa. Walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan, Rita nampaknya tetap cekal dan tabah mempertahankan haknya serta anak-anak.

Tambah menghangatkan keadaan apabila masing-masing menerima pelbagai komen pro dan kontra daripada peminat. Ramai peminat yang bersimpati serta memberi kata-kata semangat, namun ada juga yang mengkritik secara tidak matang dan keterlaluan hingga mengeruhkan lagi keadaan.

Apa-apa pun, Miss Pink harap masing-masing bertenang dan dapat selesaikan semua masalah dengan baik serta matang.  Lagipun, tak bestlah apabila cerita dalam ‘kelambu’ dan hubungan anak-beranak jadi bahan bacaan umum, ‘kan.  Jangan tension dan stress, hidup kita cuma sementara so hadapi semua dugaan hidup dengan lapang dada.Cewah…macam ustazah pulak ‘kan! Oklah, kita jumpa lagi dilain cerita ye.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Miss Pink

Manis orangnya. Tinggi lampai dan suka bergaya. Warna kegemaran, merah jambu. Dek obses sangat dengan warna itu, kami panggil dia 'Miss Pink'. Suka warna lembut, tetapi berhati-hati bahasanya 'tajam'. Gosip dan perkembangan dunia hiburan di dalam poket dia. So, berhati-hati ye.

Leave A Reply