Monday, Feb 26, 2018
HomeBeritaPandelela rangkul pingat kedua di Beijing

Pandelela rangkul pingat kedua di Beijing

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamng meneruskan aksi cemerlang selepas merangkul pingat kedua pada pusingan pembukaan Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2014 di Beijing, China, hari ini.

Advertisements

Penerjun Sarawak berusia 21 tahun itu berjaya mendapat pingat perak dalam acara final individu 10m platform wanita dengan mengumpul 368.50 mata, selepas merangkul pingat gangsa bersama Leong Mun Yee dalam acara platform 10m seirama, Jumaat lepas.

Acara individu itu dimenangi oleh pemenang emas Sukan Olimpik London 2012, Liu Huixia dari China dengan mengumpul 412.90 mata manakala pingat gangsa diperoleh oleh penerjun Great Britain, Tonia Couch dengan 357.90 mata.

Hanya tiga penerjun utama daripada setiap daripada dua pusingan awal layak ke pusingan akhir.

Pusingan kedua kejohanan dunia akan diadakan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dari 22 hingga 24 Mac diikuti di London (25-27 April), Moscow (2-4 Mei), Windsor, Kanada (30 Mei-1 Jun) dan pusingan akhir di Monterrey, Mexico dari 6 hingga 8 Jun ini.- BERNAMA

comments

Tampil menggoda deng
Simulator milik Kapt

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja