This domain has recently been listed in the marketplace. Please click here to inquire.

spamcheckr.com

Pek Parti Baharu Coffee Bean & Tea Leaf®

0

party-packsKini, perancangan parti anda pastinya lebih mudah dan menyeronokkan dengan tiga kategori pilihan iaitu Party Classics, Party Signature atau Party Premium.

Pilihan yang direka khas bagi menghasilkan kombinasi enak untuk pengalaman yang menakjubkan dan raikan sambutan istimewa dengan 15 pek parti berbeza untuk setiap majlis.

Suasana selesa dan menyenangkan ketika melayan tetamu dengan Pek Parti The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) baharu, segalanya menjadi lebih mudah untuk mengadakan parti – hanya lihat, pilih dan pra-tempah di laman web!

Pengarah Pemasaran & Pembangunan di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues, Pek Parti baharu dengan sentuhan berbeza daripada CB&TL ini direka khas untuk memudahkan lagi sesiapa sahaja yang ingin mengadakan parti dengan penuh gaya, tanpa perlu runsing untuk memilih makanan daripada menu yang panjang. Kemudahan ini membuatkan tuan rumah dapat melayan tetamu dengan tenang dan majlis menjadi lebih meriah. Ini bertepatan dengan usaha The Coffee Bean & Tea Leaf® dalam menyediakan suasana santai untuk perbualan mengasyikkan dan mencipta memori indah.

say-cheese-lrBukan mudah untuk menghasilkan pilihan makanan parti yang menarik, rangkaian Pek Parti baharu ini telah memakan masa 1½ tahun untuk dibangunkan dan diuji bagi memastikan setiap rasa bersesuaian dengan pilihan lain di dalam menu. Pelanggan boleh memilih sama ada daripada pilihan manis seperti Chocolate Delight, CitrusCarnival dan TartAttack; atau pilihan lain seperti Quiche Delish, Puffs n’ Pies dan Cali Sliders.

Bagi menambah lagi keterujaan dalam pek parti ini, CB&TL menawarkan dua teh ‘whole leaf oolong’ baharu yang diperoleh dari Pergunungan Nantou County  di Taiwan – Osmanthus Oolong iaitu campuran separuh penuh dengan aroma dan rasa bunga-bungaan, sementaraTung Ting Oolong Edisi Terhad memberi keceriaan deria anda dengan rasa pic serta aroma bungaan separa manis.

Proses pembuatan Osmanthus Oolong memerlukan ketetapan masa bersesuaian dan melibatkan proses berperingkat seperti yang dilakukan generasi terdahulu; ini termasuklah memetik bunga Osmanthus setahun sekali pada waktu bersesuaian ketika ia masih segar dan proses menggelek sebanyak empat kali untuk meningkatkan rasa daun teh. Daun teh Tung Ting Oolong perlu melalui proses eksklusif 14 peringkat, bermula dengan memetik dua daun paling segar dan putik bunganya.

Terokai lebih lagi mengenai teh ini serta kesemua pilihan 15 Pek Parti dan ketahui lebih lanjut tawaran terbaharu CB&TL, berita dan promosi di www.coffeebean.com.myatau ikuti CB&TL di laman Facebook  www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau akaun instagram CB&TL di @coffeebeanMY.

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply