Pekin dan Que Haidar bergaul dengan golongan skinhead

0

Oleh Ina Mohd

Pasti anda pernah mendengar budaya skinhead yang mempunyai ideologi tertentu. Rata-rata masyarakat berpendapat budaya skinhead adalah budaya kuning, penuh dengan kejahatan, ganas dan sebagainya yang bersifat negatif.

Bagaimanapun,  filem arahan Raja Mukhirz menggambarkan sisi lain budaya skinhead. Ophilia, lakonan Pekin Ibrahim, Que Haidar dan bakat baru, Kodi Rasheed ini akan berada di pawagam bermula 18 Disember 2014.

Menurut Raja Mukhriz, Ophilia mengetengahkan sifat setiakawan yang begitu kuat dan rapat.

“Saya sebenarnya nervous apabila filem ini siap dan di tayangkan pada malam ini. Saya risau juga pandangan masyarakat tentang Ophilia. Ingin saya tegaskan filem ini mengetengahkan sifat brotherhood. Mungkin ada yang mengatakan budaya skinhead negatif tetapi sebenarnya tidak. Mereka cuma nampak kasar di luaran tetapi sebenarnya mereka sangat baik hati.

Saya memang hendak buat filem berkisarkan budaya skinhead kerana underground sebenarnya dekat dengan hati saya. Alhamdullilah, di laman media sosial juga telah ramai memperkatakan tentang Ophilia. Saya mahu mengajak penonton mengimbau kembali nostalgia skinhead dan memahami kehidupan budaya skinhead”, tutur suami kepada pelakon Sharifah Sahora ini.

Umum mengetahui, Que Haidar salah seorang pelakon yang amat selektif dalam menerima tawaran filem mahupun drama, tetapi Ophilia telah membuka hatinya untuk turut serta bersama-sama pelakon-pelakon lain.

Ophilia, lakonan Pekin Ibrahim, Que Haidar dan bakat baru, Kodi Rasheed ini akan berada di pawagam bermula 18 Disember 2014.

Ophilia, lakonan Pekin Ibrahim, Que Haidar dan bakat baru, Kodi Rasheed ini akan berada di pawagam bermula 18 Disember 2014.

“Saya terima filem ini kerana saya sukakan skripnya. Kemudian jalan cerita yang diketengahkan ialah semangat setiakawan. Susah untuk kita lihat karya sekarang mengangkat kisah sebegini. Pekin mengajak saya untuk bertemu sendiri dengan mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai skinhead. Kami bergaul dengan mereka. Selepas berjumpa dengan mereka baru saya faham dan boleh deliver watak Ozy Gandum”, ujar Que.

Bagi Pekin pula, apabila bergaul dengan golongan skinhead, bukan dapat mendalami budaya itu sahaja malah lebih kenal jiwa mereka.

“Saya bawa Que dan Kodi berjumpa dengan kumpulan skinhead ini. Semasa itu kami ke Janda Baik. Perasaan takut itu memang ada. Tetapi kami gagahkan diri untuk berjumpa mereka semata-mata untuk Ophilia. Sebenarnya dalam hati mereka sangat baik. Mereka banyak membantu kami dari segi pemakaian, percakapan dan sebagainya.

Pertolongan mereka memang memudahkan kami. Mereka bukannya jahat tetapi mereka loud. Tetapi disebabkan cara mereka itu ramai yang salah tafsir. Sebab itu anda perlu menonton Ophilia kerana ia sanga berbeza”.

Manakala Kodi Rasheed, amat bersyukur kerana dapat berlakon dalam Ophilia lebih-lebih lagi dengan gurunya iaitu Que.

“Que ialah cikgu dan juga idola saya. Dia banyak mengajar saya bagaimana mahu deliver watak Totoi. Begitu juga dengan Pekin dan Raja Mukhriz. Dengan ajaran mereka, kemudian perjumpaan dengan kumpulan skinhead, lebih banyak membantu saya dalam melakonkan watak yang diberi. Saya harap sangat anda menonton Ophilia kerana ia bukan semata-semata budaya skinhead tetapi semangat setiakawan mereka amat tebal”,katanya.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply