Pelajar tahfiz mati tercekik mi segera

0

KUALA NERANG: Seorang pelajar tahfiz meninggal dunia selepas dipercayai tercekik ketika menikmati mi segera di asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) As Siddiqiah Al Islamiah di Naka di sini, malam kelmarin.

Mohd Daud Shariff, 18, dari Kampung Kuala Beris, Sik, ditemui oleh beberapa rakan dalam keadaan mulutnya berbuih dengan sisa mi segera di atas katil asrama sekolah kira-kira jam 10.30 malam.

Rakan sebilik mangsa, Mohamad Hisham Zainol, 17, berkata mereka meminta kebenaran pengetua sekolah untuk tidur lebih awal selepas solat Isyak dan makan jam 9.30 malam kerana kepenatan.

Beliau dan lima rakan termasuk Mohd Daud pulang ke bilik asrama sebelum mangsa memberitahu masih lapar lalu merebus sebungkus mi segera.

Kami sempat berbual sementara menunggu Mohd Daud selesai makan dan dia kelihatan berselera.

Tidak lama kemudian, kami terlelap kerana terlalu mengantuk sebelum terjaga apabila terdengar dengkuran mangsa tetapi tidak menyangka apa-apa kerana itu perkara biasa.

Warden asrama yang kebetulan melalui kawasan itu mengetuk pintu bilik untuk memeriksa keadaan pelajar dan kami terkejut melihat keadaan Mohd Daud yang kaku di katilnya, katanya.- Berita Harian

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply