Pemandu Bas Rapid Penang parah ditikam penumpang wanita kurang siuman

0

2014-10-07 00.17.47GEORGETOWN: Seorang pemandu Bas Rapid Penang Sdn Bhd (Rapid Penang) parah ditikam penumpang wanita dipercayai kurang siuman dalam kejadian berhampiran Bukit Relau di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, mangsa, Aisyamudin Yaacob, 30-an parah selepas ditikam di paha kiri oleh wanita berusia lingkungan 40-an yang dipercayai berang selepas pemandu bas berkenaan enggan memberhentikan kenderaan di hadapan rumahnya.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai, Anuar, 30-an, berkata, suspek menaiki bas berkenaan di sebuah stesen di Air Hitam sebelum menekan loceng untuk berhenti di rumahnya dekat Green Garden. Bagaimanapun, pemandu bas itu memberhentikan kenderaan di stesen bas berhampiran.

“Wanita itu berang kerana pemandu bas berkenaan enggan memberhentikan bas di hadapan rumahnya bertindak mengeluarkan satu senjata tajam dan menikam paha mangsa,” katanya.

Tambahnya lagi, ketika itu hanya lima penumpang berada di dalam bas itu, turut panik dengan kejadian itu.

“Pemandu itu memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum wanita itu terus melarikan diri,”katanya.

Pemandu berkenaan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini polis masih mengesan wanita terbabit.- Sumber : BH Online

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply